Infolinks In Text Ads

Tuesday, February 5, 2008

latar belakang prasekolah di Malaysia

| |
Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan berpendapatan rendah. Pendidikan prasekolah di Malaysia bermula pada 18 Disember 1991 apabila Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah. Perkara ini disusuli dengan Mesyuarat antara Kementerian yang berlangsung pada 27 Januari 1992 . Bermula dari itu , Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM bermula dengan 1,131 kelas diseluruh negara.

0 comments: