Infolinks In Text Ads

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?

| |
0 comments
sistem pendidikan Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?
Tahniah di atas pencapaian yang berjaya dicapai oleh Datuk Seri sepanjang bergelar Menteri Pelajaran. Bukan mudah sebenarnya, tetapi tidak mustahil. Sekurang-kurangnya ada perubahan ke arah yang lebih baik. Ada pencapaian yang boleh dibanggakan untuk sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya.
KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
“Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara. (Sumber: Mstar)
Semakan yang kami cuma lakukan masih tidak menjumpai laporan WEF global competitiveness berkaitan dengan pendidikan. Yang ada hanyalah laporan berkaitan dengan ekonomi. Mungkin ada di antara anda yang boleh berkongsi?
Sk Tampulan Telipok Kota Ki Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?
Cuma dalam kita berbangga di atas kertas, kami ingin berkongsi beberapa koleksi gambar keadaan sekolah di Sabah yang kami rasakan tidak sesuai dengan status, seperti apa yang dikatakan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik daripada beberapa negara maju yang lain. Jika sistem pendidikan di Malaysia sudah berada di tahap yang membanggakan, sudah tiba masanya memberikan lebih tumpuan untuk memperbaiki prasarana di setiap sekolah di Malaysia. Masih ada ruang dan peluang untuk memperbaikinya :
Adakah disebabkan sekolah ini terletak di Sabah, maka tidak perlu disediakan prasarana yang lebih baik?Adakah disebabkan sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang kecil, mereka tiada hak untuk merasa kemudahan pendidikan yang lebih baik?
Tidak kira sekolah tersebut, mempunyai bilangan pelajar yang banyak atau sedikit, kementerian perlu menyediakan prasarana yang sebenarnya tidak perlu “semewah & selengkap seperti di Putarajaya” tetapi sekurang-kurangnya sediakan prasarana yang selesa untuk mereka. Contoh gambar, juga sekolah di Sabah seperti di bawah ini yang boleh dijadikan contoh. Maknanya boleh sebenarnya utnuk membuat yang lebih baik.
Sistem Pendidikan di Malays Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?
Sekurang-kurangnya “keadaan” sekolah yang ditambahbaik kelak boleh juga digunakan sebagai balairaya atau pusat komuniti.
Tetapi betullah, terus terang kami katakan kami berbangga dengan kecekalan, semangat dan disiplin yang tinggi dikalangan pelajar di Borneo. Walaupun serba kekurangan mereka tetap dilihat bersungguh untuk ke sekolah dan menimba seberapa banyak ilmu.
sekolah di Sabah Sistem Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Daripada Amerika Syarikat, Jerman & Britain?
Ada kalangan pelajar yang telah bersekolah di SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah pada tahun 1965 telah menghantar email dalam bentuk aduan kepada kami dan mengatakan keadaan sekolah yang diduduki beliau dahulu dengan sekarang tiada perubahan. Jadi kepada wakil rakyat di sini, jenguk-jenguklah keadaan di sekitar dan kawasan anda. Lakukan sesuatu!!
SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu ini dekat dengan bandaraya Kota KinabaluJikalau beginilah prasarananya, bagaimana pula dengan tahap sekolah di pedalaman dan ceruk Sabah?
Masalah kewangan? Kami rasa bukan satu masalah. Apatah lagi Sabah memiliki “emas hitam”. Apa salahnya anak-anak dan ibubapa mereka mahu merasa sedikit sahaja “nikmat” tinggal di negeri yang memiliki “emas hitam” ini
NoTa : Hanya gambar pertama sahaja merujuk kepada keadaan sekolah di SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah. Lain-lain gambar adalah merupakan keadaan sekolah lain di Sabah.
P/S : Mereka bukannya mahukan kemewahan tetapi cukup sekadar prasana yang disediakan kepada mereka dalam kedaaan baik. Apa kata anda pula?

View the original article here
Read More

Saturday, March 24, 2012

PTPTN Malaysia : Adakah Caj Pentadbiran Membebankan Peminjam Seperti Anda?

| |
0 comments
PTPTN Malaysia PTPTN Malaysia : Adakah Caj Pentadbiran Membebankan Peminjam Seperti Anda?
Tak lama lagi akan bertambah lagi jumlah “pelanggan” PTPTN Malaysia. Kebanyakan di antara pelajar-pelajar yang dapat sambung belajar di mana-mana pusat pengajian di Malaysia kelak, ada yang berkemampuan, ada yang tidak.
Yang tidak mampu membayar kos pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka kelak tidak, mempunyai banyak pilihan. Akhirnya PTPTN Malaysia yang menjadi platform untuk mereka meminta pertolongan & bantuan…..
Bagi kami konsepnya mudah sahaja, jikalau dah pinjam mestilah dibayar semula supaya membantu kepada kelangsungan pinjaman untuk generasi seterusnya pula. Tetapi…..
Bezanya di sini, ramai yang pertikaikan adalah caj pentadbiran. Ya….memang benar jikalau nak pertikaikan riba yang terselit pada pinjaman PTPTN Malaysia ini, pasti akan akan ada yang mempersoalkan pula rakyat Malaysia yang terus bergelumang dengan riba pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi.
Tetapi ada bezanya di sini, pinjaman PTPTN Malaysia
ini bertujuan menampung kos pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh anak-anak muda kita ini belajar & menuntut ilmu. Dan mereka-mereka ini merupakan aset kepada negara dan pelaburan kepada negara. Dan isu pendidikan adalah hak setiap rakyat.
Kami mahu melihat kos RM5 billion yang diperlukan PTPTN setiap tahun dapat ditambahbaik pelaksanaannya :
1) Biasiswa Kepada Peminjam
Kepada PTPTN Malaysia, jenguk-jenguklah pelajar-pelajar yang bijak pandai ini sepanjang tempoh pengajian mereka. Berikanlah ruang dan peluang untuk mereka menikmati biasiswa penuh berdasarkan pinjaman PTPTN mereka sebelumnya jika berjaya memperoehi keputusan yang cemerlang. Bukankah itu lebih baik? Mereka inilah aset penting untuk digilap dan diberikan galakan. Akhirnya nanti dapat memberikan sumbangan kepada Malaysia untuk tempoh yang akan datang.Contohnya, siapa yang dapat 1st class dikira biasiswa, 2nd upper potong 65%, 2nd lower potong 30%. Sekadar memberikan contoh….
2) Hapuskan caj pentadbiran sebenarnya
Kami masih lagi realistik di mana Malaysia belum mampu ke arah untuk memberikan pendidikan percuma. Tetapi sekurang-kurangnya caj pentadbiran perlu dihapuskan sebenarnya. Bayar pokok sahaja. Bantu anak-anak muda ini belajar tanpa “banyak gangguan”Apabila mereka-mereka sudah habis belajar dan mudah mencari kerja, kerajaan bolehlah mula mengutip cukai pendapatan daripada mereka
3) Agihan Duit PTPTN
Ya…kami tahu bukan semuanya begitu tetapi kalau tengok pelajar-pelajar, masuk sahaja bulan ke 2 semester cukup mewah mengalahkan kalangan yang sudah bergaji . Ini kerana mereka sudah mula menerima duit PTPTN Malaysia sehingga ada yang “rambang mata” untuk membelanjakan untuk perkara-perkara yang bukan keperluan.Itu sebablah yang apabila menginjak ke bulan 3-4 semester, masing-masing daripada mereka mula ikat perut. Angkara duit PTPTN di awal semester telah dihabiskan atas nama pembaziran & tidak dirancang dengan betul. Orang muda apabila dapat duit banyak, kebanyakannya nafsu membuak-buak. Ini hakikatnya……Jadi seeloknya, PTPTN Malaysia bolehlah mula berkira-kira untuk hanya memberikan duit saku pelajar pada setiap bulan, bukannya diberikan kesemuanya di awal semester. Sekadar pandangan…..Mungkin ada pertikaian daripada anda?
Kerajaan tidak bankrap jika membantu rakyat dengan cara sebegini. Sesebuah syarikat tidak akan muflis sekiranya rakyat mempunyai kuasa beli. Apabila rakyat tiada kuasa beli, kerana banyak tanggungan itu dan ini, barulah boleh mendatangkan risiko bankrap kepada syarikat perniagaan.
P/S : Apa respon & pengalaman peminjam sepanjang menjadi “pelanggan” PTPTN Malaysia?

View the original article here
Read More

Friday, March 23, 2012

Kekosongan Jawatan Guru SJKC Akan Selesai Secepat Mungkin!!

| |
0 comments
Kekosongan jawatan guru di 1,294 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) seluruh negara perlu diisi dengan guru-guru interim serta merta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Khas bagi menangani isu kekurangan guru di SJKC setelah mengadakan tiga mesyuarat dan dua perbincangan meja bulat bersama pihak berkepentingan termasuk Jiaozong Huazong, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Kesatuan Guru Besar SJKC Malaysia.
Jawatan Guru SJKC Kekosongan Jawatan Guru SJKC Akan Selesai Secepat Mungkin!!Katanya sehingga Januari lepas, kementerian telah menempatkan seramai 1,482 guru interim di beberapa SJKC bagi menampung kekurangan 1,874 guru di sekolah jenis itu di seluruh negara. ”Penambahan 392 guru lagi sedang diusahakan dengan kadar segera. Kuasa akan diturunkan kepada guru besar SJKC untuk melantik guru interim mengikut keperluan dengan penyelarasan Jabatan Pelajaran Negeri,” katanya kepada pemberita di Parlimen di sini, hari ini.
Wee berkata perkhidmatan guru interim di SJKC sedia ada akan terus dikekalkan sehingga guru terlatih ditempatkan di sekolah-sekolah tersebut kelak. Beliau berkata bagi mengatasi masalah kira-kira 100 guru pemulihan yang tidak mempunyai kelayakan dwibahasa, mereka akan dipindahkan serta-merta dari SJKC dan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan.
“Ini kerana murid-murid yang mengikuti program pemulihan LINUS (Saringan Literasi dan Numerasi) di SJKC sudah tersedia lemah dan merasa sukar untuk memahami pengajaran dan pembelajaran oleh guru yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina,” katanya.
Kekosongan guru pemulihan yang dipindah keluar itu perlu diganti dengan guru berpengalaman dan berkelulusan dwibahasa dari sekolah yang sama, dan guru besar perlu mengambil guru interim dengan segera mengisi kekosongan tersebut. Wee berkata kementerian menetapkan pengajaran subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi tahap satu diajar oleh guru berkelayakan dwibahasa, manakala bagi tahap dua diajar oleh guru opsyen kedua-dua bahasa.
“Semua guru tahap satu dan tahap dua SJKC dalam kategori sekolah kurang murid perlu berkelayakan dwibahasa kerana perlu melaksanakan pengajaran pelbagai gred,” katanya.
Selain itu, katanya, guru-guru bukan opsyen BM dan BI yang telah mengajar subjek itu lebih daripada lima tahun di SJKC akan ditawarkan Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO) bagi memperkukuhkan penguasaan mereka dalam kedua-dua bahasa itu.
Sumber : Bernama Malaysia

View the original article here
Read More

Thursday, March 22, 2012

Result SPM 2011 – 506 Calon Dapat Semua A+. Sekolah Alam Shah Terbaik SPM!!

| |
0 comments
SPM Result 2012 Result SPM 2011 506 Calon Dapat Semua A+. Sekolah Alam Shah Terbaik SPM!!
Result SPM 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya. Macam biasa, seperti statistik sebelum-sebelum Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat wilayah persekutuan bagi peperiksaan SPM 2011
Result SPM 2010 – 403 pelajar lulus cemerlang.Result SPM 2011 – 506 pelajar lulus cemerlang.
Manakala berdasarkan laporan Mstar mengatakan seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh result spm 2011 iaitu gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.Kedua-dua fakta yang dilaporkan oleh (Bernama + Berita Harian) adalah benar. Cuma bezanya di sini adalah :
calon sekolah KPM ialah calon yang berdaftar melalui sekolah masing-masingcalon bermaksud di sini ialah calon berdaftar melalui sekolah + calon persendirian (calon swasta)
Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
Kepada yang berjaya, kami ucapkan tahniah kepada anda. Yang tak berjaya perjalanan anda tidak berhenti di sini. Perjuangan untuk menimba ailmu baru sahaja bermula. Kepada ibubapa di sini, jika anak-anak anda kurang berjaya tidak usah lagi memarahi dan memandang rendah kepada keupayaan mereka. Dalam situasi ini, mereka perlukan anda semua. Kembalikan semangat mereka. Kenali potensi mereka untuk mengorak langkah  seterusnya selepas ini berdasarkan result SPM 2011
yang baru sahaja dikeluarkan ini…
Peperiksaan SPM bukan semua bab yang keluar. Elakkan melihat kepada gred subjek semata.
Kena perhatikan dan tahu bab apa yang anak anda mahirbab apa yang anak anda lemah
Contohnya, dalam Matematik Tambahan ada bab kebarangkalian, ada juga kalkulus.
Mungkin anak anda bagus dan mahir dalam kebarangkalian, tetapi lemah kalkulus. Nasihat kami elakkan bidang kejuruteraanJikalau lemah kebarangkalian, elakkan bidang sains aktuari
Dalam matematik moden pun ada banyak sub disiplinnya. Apa yang ingin kami sampaikan di sini adalah cuba maksimumkan keupayaan diri anak anda.  Gunakan bakat akal yang berbeza, kemampuan yang berbeza pada diri anak anda. Ada yang visual, ada yang abstrak. Begitu juga dalam subjek Fizik. Dalam Fizik pun sama. Fizik adalah merupakan campuran antara elektrik/elektronik, dinamik, statik, dan lain-lain lagi. Ada juga bab yang overlap antara Fizik dan Kimia.
Semuanya beri indikator kepada keupayaan anak-anak anda untuk kuasai pelajaran di universiti. Melihat dan memperhalusi result SPM 2011 anak anda,  mampu membutirkan banyak pilihan untuk dia.
P/S : Sekadar pandangan. Ada kalangan yang “berpengalaman” di sini dipersilakan untuk membantu adik-adik kita di sini memilih halatuju mereka selepas ini

View the original article here
Read More

Saturday, March 17, 2012

Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?

| |
0 comments
Guru di Malaysia Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Kalau sebelum ini, biasanya “orang hitam” sahaja yang sering diburu oleh pihak polis. Tetapi sekarang ini, “guru hitam” pula yang bakal diburu oleh orang-orang yang berkepentingan. Terbaru-baru guru-guru di sekolah cuba dinilai dan dan dikategorikan mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan, samada ada guru sokong kerajaan atau sokong pembangkang.
Guru Sokong Pembangkang Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Guru Sokong Kerajaan Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Sumber : Ameno World
Di bawah ini adalah kenyataan empunya diri yang menurunkan tandangan selaku Pegawai Pelajaran daerah Tawau.
Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara. “Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.
“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik,” katanya. (Sumber : Malaysiakini)
Katanya tak semak betul-betul? Erm…..tak tahulah kami nak cakap apa lagi. Seorang pegawai PPD boleh memberikan alasan sebegitu rupa.  Semudah & “semurah” itu beliau menurunkan tandatangan? Bukankah lebih baik beliau menumpukan perhatian dan tumpuan terhadap bidang tugasnya seperti membuat semakan prestasi kerja “anak buahnya” ataupun mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau contohnya, kenapa hal-hal politik pula yang diberikan keutamaan? Adakah surat seperti di atas ini termasuk dalam skop kerja Jabatan Pendidikan?
“Biarkan orang politik yang mengambil alih tugas tersebut”
P/S : Adakah surat-surat seperti ini ada juga diterima oleh guru-guru di sekolah lain di Malaysia?

View the original article here
Read More

Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!

| |
0 comments
Senarai Universiti Terbaik Malaysia Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!
Senarai ranking universiti khas di Malaysia telahpun dikeluarkan. Di Malaysia ada pelbagai universiti dan kolej universiti. Kebanyakannya hebat-hebat belaka.
Universiti sendiri merupakan institusi pengajian tinggi dan pengakajian yang menawarkan ijazah akademik di pelbagai peringkat. Perkataan “University” diambil sebenarnya daripada frasa bahasa Latin, universitas magistrorum et scholarium. Apa maksudnya?
“masyarakat pakar dan pengkaji”
Senarai Universiti Malaysia Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia. 45 Pusat Pengajian Disenaraikan!!Semoga senarai ranking universiti
di Malaysia kali ini menjadi panduan untuk kalangan anda untuk membuat pilihan di mana halatuju dan destinasi pembelajaran selepas ini. Rasanya ramai diantara anda (pembaca Berita Semasa) juga bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti tidak lama lagi. Tetapi persoalannya di mana?
Jadi, sedikit sebanyak, anda dapat mengetahui mengenai kedudukan universiti yang anda bakal menjadi tempat pembelajaran anda selama 3 atau 5 tahun seterusnya selepas ini.
Senarai ranking universiti di Malaysia ini dinilai pada beberapa aspek yang dilihat agak relevan yang mampu mencerminkan kualiti global dan penyelidikan di seluruh dunia bagi tahap yang lebih baik. Antaranya ialah Size, Visibility, Research papers & Scholars.
428 Universiti Putra Malaysia (UPM)437 Universiti Teknologi Malaysia (UTM)464 Universiti Sains Malaysia (USM)523 Universiti Kebangsaan Malaysia / National University of Malaysia (UKM)596 Universiti Malaya – Universiti Malaya (UM)626 Universiti Teknologi MARA (UiTM)891 Multimedia Universiti (MMU)1222 Universiti Malaysia Sabah (UMS)1341 Universiti Malaysia Perlis (Unimap)1411 Universiti Islam Antarabangsa (UIA)1598 Universiti Teknologi Petronas (UTP)1687 Universiti Tenaga Nasional (Uniten)1734 Universiti Utara Malaysia (UUM)1777 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)1838 Universiti Malaysia Terengganu (UMT)1842 Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)2127 Universiti Malaysia Pahang (UMP)2185 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)2922 Open University Malaysia (OUM)3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem)4083 International Medical University4232 Taylor’s University College4481 Tunku Abdul Rahman College4566 Universiti Pertahanan Malaysia (UPN)4644 University of Nottingham Malaysia4852 UCSI University4977 Monash University Malaysia5012 Malaysia Theological Seminary5074 Universiti Kuala Lumpur (UniKL)5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus5931 Universiti Industri Selangor6045 Selangor International Islamic University College6075 Al Madinah International University6163 Wawasan Open University6343 Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)6482 KDU College6607 Universiti Malaysia Kelantan (UMK)6642 Asia Pacific Institute of Information Technology6978 Help University College7018 Sunway University College7031 INSANIAH University College7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia)7361 Segi College8058 Malaysian Institute of Management
Walau dimanapun kedudukan ranking universiti anda, apa yang penting di sini, adalah ilmu & pengalaman selama tempoh anda berada di universiti. Ya…..ranking sesuatu universiti hanyalah satu faktor. Tetapi bagaimana anda mengaplikasi ilmu yang anda pelajari, itu ada lebih penting sebenarnya.
P/S : Semoga senarai ranking universiti yang dikeluarkan ini menjadi satu motivasi kepada semua pusat pengajian supaya bangkit dan keluar untuk terus bersaing dengan kelompok elit universiti di peringkat Asia mahupun dunia.

View the original article here
Read More

Wednesday, February 25, 2009

Buku bacaan bertema prasekolah

| |
0 comments
Bangi, 11 ogos - Pusat Sumber Al-Ghazali, Institut Perguruan Islam Selangor (IPSIS) telah melancarkan buku siri Bacaan Bertema Prasekolah yang ditulis oleh beberapa orang pensyarah Institut Pendidikan Guru. Buku tersebut yang berada di pasaran pada 25 Julai 2008 bersempena Pesta Buku Selangor telah dilancarkan oleh pengarah IPSIS Tn. Hj. Amin bin Mohd Rashid.



Siri buku Bacaan Bertema Prasekolah ini sesuai dengan pembelajaran bertema yang dicandangkan oleh kurikulum prasekolah. Pembelajaran di prasekolah adalah berdasarkan tema-tema yang berkisar tentang kehidupan alam kanak-kanak. Kandungan Bacaan Bertema Prasekolah disusun menggunakan ayat-ayat mudah dan pendek bagi memastikan pemahaman dan kebolehbacaan kanak-kanak mengikut tahap umur mereka. Pengulangan perkataan digunakan agar kanak-kanak dapat mempelajari dan memahami struktur ayat secara tidak langsung. Ilustrasi berwarna yang difokuskan kepada maksud ayat dapat meningkatkan pemahaman kanak-kanak terhadap pembacaan. Selain itu, ilustrasi buku juga dapat merangsang kreativiti dan kemahiran berfikir kanak-kanak prasekolah. Kesemua ayat yang telah dibaca dicetak dalam satu muka surat bagi membolehkan kanak-kanak membaca semula kesemua ayat sebagai ulangkaji.



Aktiviti yang disediakan di akhir setiap cerita menguji pemahaman kanak-kanak tentang apa yang mereka baca. Beberapa cadangan aktiviti pengayaan disediakan di akhir buku untuk guru atau ibu bapa laksanakan bersama kanak-kanak. Aktiviti yang bersifat 'hands on' memberikan kanak-kanak peluang menjalankan aktiviti yang menyeronokkan bersama rakan ( sebagai aktiviti kumpulan di kelas prasekolah) atau ahli keluarga.

Ciri-ciri siri buku ini seperti yang dinyatakan menjadikan Bacaan Bertema Prasekolah bukan hanya sesuai untuk peringkat prasekolah tetapi juga bagi pembelajaran murid-murid yang berada di kelas Intervensi Awal Membaca & Menulis (KIA2M) di tahun 1.

Kesesuaian Bacaan Bertema Prasekolah dengan keperluan pembelajaran prasekolah telah mendapat sokongan dari Professor Puan Sri Dr. Rohaty Mohd Majzub seorang professor prasekolah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tidak asing lagi dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak sama ada di peringkat nasional mahupun di persada antarabangsa. Menurut beliau Bacaan Bertema Prasekolah sesuai dijadikan bahan bacaan utama atau sampingan untuk prasekolah dan juga sebagai bahan bacaan tambahan di rumah. Susunan ayatnya yang menepati tahap kanak-kanak dan ilustrasinya yang amat menarik menjadikan Bacaan Bertema Prasekolah pilihan tepat untuk merangsang minat membaca kanak-kanak.

Siri buku ini telah ditulis oleh Surayah Zaidon dan Rusleda Awang dari Institut Perguruan Islam dan Karimah Harun dari Institut Perguruan Kota Bharu. Siri buku ini merupakan hasil pemerhatian dan pengamatan mereka tentang keperluan kanak-kanak prasekolah selama tiga tahun. Penglibatan mereka secara langsung sebagai pendidik bakal-bakal guru prasekolah yang diintegrasikan peranan mereka sebagai ibu yang mempunyai anak-anak pada tahap prasekolah adalah antara faktor-faktor yang mendorong penulis untuk menghasilkan siri buku Bacaan Bertema Prasekolah ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Surayah bte Zaidon
012-2035308
Fax: 03-87395694
Email: suzaidon@yahoo.com

sumber: Buletin pendidikan Bil9/2008
Read More

Sunday, February 15, 2009

Kasut hilang..

| |
1 comments
Salam untuk semua..

Pernah tak berlaku kat kelas prasekolah anda kasut murid hilang? kalau tak pernah takpe tapi semalam kasut salah sorang student pra saya hilang hahaharuu.. heran macamana boleh hilang. Macamana la nak menjawab dengan mak budak ni nanti aduss. Sebelum ni yang biasa berlaku kasut bertukar jer, si polan ni pakai kasut si anu tuu.. maklumlah kasut sama sepesenn belaka. Kalau yang tulis nama kat kasut tu boleh la jugak cikgu tolong tengokkan, budak-budak ni awal-awal tahun bukannya boleh membaca lagi. Tahun ni pulak student kelas prasekolah saya majoriti 5 tahun, semuanya 1st time sekolah.

Nak dijadikan cerita hari ni PPM saya bagitau ada budak datang kat kelas prasekolah dengan membawa pesanan dari mak budak yang hilang kasut semalam. Budak tu cakap mak si polan suruh ganti kasut yang hilang tu hahaha.. Budak yang datang bagitau tu pulak jiran student pra saya tu. Alahaii maybe makcik tu segan nak datang tuntut kasut hilang kot. Tapi apa pun barang yang hilang kena la ganti ye tak. Jadilah pengalaman ini satu pengajaran di masa hadapan. Bukan senang nak handle 25 orang kanak-kanak yang tengah aktif ni, tapi itulah tanggungjawab yang kita kena pikul sebagai seorang guru prasekolah. Anyway, i love this job adiosssss
Read More

Thursday, February 5, 2009

Peranan pembantu pengurusan murid (PPM)

| |
6 comments
PPM atau pembantu pengurusan murid memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kelas prasekolah. Tanpa PPM, adalah agak mustahil untuk seorang guru prasekolah menguruskan kelas prasekolah dengan berkesan. PPM di kelas prasekolah memainkan peranan sebagai pembantu kepada guru prasekolah dalam menguruskan kelas prasekolah. Tugas seorang PPM merangkumi tugasan harian, tugasan mingguan dan tugasan bulanan.

Tugas harian PPM
  • Mencatat kehadiran serta mengambil rekod kehadiran murid di pejabat
  • Membuka kelas dan memastikan kelas selamat
  • Menyediakan persiapan minum pagi
  • Menyambut kedatangan murid
  • Mengawal dan mengurus murid sebelum kelas bermula
  • Membantu mencatat kehadiran murid setiap hari persekolahan
  • memasak dan menghidang makanan
  • Membantu guru dalam P&P
  • Mengawasi murid makan/memberus gigi (waktu rehat)
  • Membantu guru mengurus murid ketika pulang
  • Membantu mengawasi murid yang pulang lewat
  • Menyimpan dan mempamerkan hasil kerja murid
  • Membersih dan menyusun perabot dalam kelas

Dalam aspek pengurusan kelas, PPM juga berperanan dalam membantu guru prasekolah dalam penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dan berbincang bersama guru prasekolah dalam menghasilkan BBM dari masa ke semasa. selain itu PPM juga bertanggungjawab dalam soal menjaga kebersihan kelas prasekolah terutamanya bahagian dapur dan tandas serta kawasan persekitaran dan luar kelas prasekolah

Pengurusan dapur, bilik air dan luar kelas

  • Membersih peralatan memasak
  • Menyusun peralatan dapur
  • Buang sampah
  • Mop lantai
  • Membersih cermin/sinki/sapu tangan murid
  • Membersih bilik air
  • Menyusun peralatan di dalam bilik air
  • Menyapu koridor
  • Menyiram pokok
  • Membersih kawasan persekitaran taman dan sebagainya

Selepas waktu persekolahan terutamanya di waktu petang, PPM perlu menyediakan peralatan P&P yang telah dibincangkan dengan guru prasekolah di kelas. Selain itu PPM juga perlu menyediakan dan mempersiapkan bahan makanan untuk dimasak pada keesokan harinya. Tugasan terakhir PPM sebelum berakhirnya waktu kerja ialah menyemak rekod dan fail.

Tugasan Mingguan PPM

  • Menyapu sawang
  • Mencuci kipas angin
  • Mencuci tingkap
  • Mengemaskini stok bahan basah dan kering
  • Mengemas taman permainan luar
  • Mencuci peti sejuk
  • Mencuci tempat ambil wuduk
  • Membantu menguruskan proses pembekalan dan pembelian

Tugasan Bulanan PPM

  • Mengemaskini stok inventori
  • Mencuci akuarium/longkang
  • Membantu menyediakan penyata perbelanjaan bulanan
Read More

Sunday, January 25, 2009

Peranan muzik dan kanak-kanak prasekolah

| |
0 comments
Muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanak-kanak. Misalnya, seorang ibu akan mendendangkan irama lagu semasa mendodoikan anaknya untuk tidur, menyanyikan nada irama kanak-kanak apabila menyampaikan cerita fiksyen atau sejarah, serta aktiviti menyanyi bersama yang dipelajari kanak-kanak semasa di rumah atau di prasekolah. Semua rangsangan stimulasi ini memberikan perkembangan yang sihat kepada bayi dan kanak-kanak.

Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak. Menurut Dr. Lihanna Borhan, pensyarah perkembangan kanak-kanak di Universiti Malaya, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan.

Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa.

Muzik juga memiliki keupayaan memulih ke atas kanak-kanak. Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Stanford University telah mendedahkan bahawa :
  1. Muzik meningkatkan pembacaan untuk kanak-kanak disleksia
  2. Meningkatkan keupayaan otak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan nada
  3. Mempunyai faedahkognitif, walaupun tahap ukurannya belum ditentukan
  4. Keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama.
  5. Peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.
  6. Berupaya untuk memahami maklumat baru dengan lebih baikdan cepat, kerana muzik meningkatkan keupayaan mental.
  7. Merangsang keyakinan dan harga diri anak anda. ia menjadi faktor penting untuk perkembangan dan pembesaran kanak-kanak.

Keseronokan adalah kunci kepada apa jua proses pembelajaran. Menyanyi, bermain dan menarilah bersama murid prasekolah anda. Kerana tiada pembelajaran yang lengkap tanpa ibu bapa dan guru.

Petikan: Rencana ini disumbangkan oleh Mead Johnson Nutritionals dan merupakan sebahagian daripada empat rencana merangkumi Smart Music (Bijak Muzik), Smart Language (Bijak Bahasa), Smart Play (Bijak Permainan), dan Smart Nutrition (Bijak Nutrisi).

Read More

Thursday, January 15, 2009

info pendidikan prasekolah

| |
0 comments
  • Laporan EPRD -87 % murid telah melalui pendidikan prasekolah sebelum memasuki tahun satu

  • Berdasarkan kajian PPK (Pusat Perkembangan kurikulum) - Daripada 28 sampel, hanya 2 orang guru prasekolah yang cemerlang dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Kebangsaan

  • Buku Pentaksiran Murid mestilah diisi oleh setiap guru prasekolah

  • Sekolah yang yang mempunyai 3 buah kelas termasuk kelas Pendidikan Khas adalah layak untuk memohon guru tambahan iaitu guru Pendidikan Agama Islam. Permohonan dikemukakan ke bahagian Sektor Pendidikan Islam dan Moral

  • Membaca bersama ibu bapa adalah kaedah yang sangat berkesan kepada perkembangan kanak-kanak

sumber: Buletin JPNP Bil 1/2008

Read More

Monday, January 5, 2009

Hari pertama prasekolah

| |
0 comments
salam prasekolah..

5 hb 1 tahun 2009 iaitu hari Isnin merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009 bagi seluruh negeri di Malaysia kecuali negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bersekolah sehari lebih awal iaitu pada 4/1/2009. Hari pertama ni rasanya bukan budak-budak jer yang liat nak bangun tapi cikgu pun sama muahahaha. Tapi tak semua.. ada ibu bapa yang bercerita " anak saye ni cikgu semalam tido pakai kasut,siap dengan baju sekolah.." fuhh bagus baguss..

Sebagai guru prasekolah, hari pertama perlu bersedia dengan kerenah dan peel budak-budak prasekolah yang macam-macam adaa..terutamanya yang menangis nak balik aduhaii biasa lah tu.Tahun ini suasana di kelas prasekolah tidak banyak bezanya berbanding tahun 2008. Tapi tak seteruk tahun lalu sampai ada yang lari balik rumah. Untuk hari pertama ada la seorang dua yang menangis. Ironinya yang menangis ni yang nakal-nakal dan nampak aktif dalam kelas. Kalau bab bermain dalam kelas dia lah hero. Saya tiada pilihan lain melainkan meminta ibu bapa dan penjaga supaya beredar dari kelas seterusnya mengunci pintu kelas. Pada mulanya meronta-ronta jugak pada grill, tapi saya biarkan. Bila dia tengok kawan-kawan dia yang lain syok main bongkah kayu dia pun slow-slow la join sekali.

InsyaAllah harap-harap lagi 2 3 hari tiada lagi la yang menangis. Personaliti kanak-kanak prasekolah ini pelbagai, mungkin mengambil masa sedikit untuk kita mengenali lebih mendalam personaliti murid-murid prasekolah di bawah jagaan kita. Bila kita dah kenal secara lebih dekat perangai mereka insyaAllah akan lebih mudah tugas kita untuk membimbing mereka. Nak garang sangat pun tak boleh, nak lembut sangat pun tak boleh jugak. Yang paling penting dalam lembut itu ada tegasnya.
Read More

Friday, January 2, 2009

Hari pendaftaran prasekolah

| |
0 comments
Salam prasekolah..

Cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berakhir. Hari pendaftaran untuk murid prasekolah dan murid tahun 1 berlangsung pada hari ini 2/1/2009. Hujan yang turun sejak malam tadi belum menunjukkan tanda untuk reda, namun program dan perancangan awal tetap di jalankan walaupun pergerakan ibu bapa dan penjaga agak terbatas. Para murid pula perlu di awasi setiap masa terutamanya yang akan membuat pendaftaran untuk kelas prasekolah.

Memandangkan di SK Lepar ini mempunyai 2 kelas prasekolah, kehadiran para ibu bapa bersama anak masing-masing agak ramai. Ibu bapa berkumpul di dewan sekolah terlebih dahulu dan diberi taklimat oleh Guru besar tentang perjalanan proses pendaftaran. Setelah selesai taklimat oleh GB, Ibu bapa yang mendaftar anak untuk kelas prasekolah bergerak ke kelas prasekolah untuk taklimat oleh guru prasekolah. Taklimat yang diberikan oleh guru prasekolah bertumpu kepada jumlah yang perlu dibayar untuk baju seragam prasekolah tahun 2009.

Kalau dibandingkan dengan tahun 2008, pihak sekolah dengan persetujuan ibu bapa telah mengutip wang sumbangan sebanyak RM50 setahun ( lebih kurang RM5 sebulan ). Wang ini hanya digunakan untuk membeli keperluan murid seperti berus/ubat gigi, selipar, kek untuk hari jadi dan sebagainya. Perkara ini telah ditekankan kepada ibu bapa bahawa barangan yang di beli akan dikembalikan kepada murid pada akhir tahun persekolahan. Namun begitu, pada tahun ini pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengutip wang sumbangan kerana terdapa rungutan dalam kalangan ibu bapa tentang bayaran yang dikenakan ( leceh gak pegang duit banyak2 nih). Bayaran untuk tahun 2009 bagi prasekolah daerah Pekan, Pahang adalah seperti berikut:

  • Baju/seluar 2 pasang RM 50
  • Baju kurung/melayu RM 30
  • Insurans RM 1.50
  • JUMLAH RM 81.50

Kepada rakan-rakan guru prasekolah di lain-lain negeri seluruh Malaysia bolehlah berkongsi maklumat tentang jumlah pembayaran bagi kelas prasekolah ni. Lain negeri, lain daerah mungkin lain jumlah bayaran yang dikenakan.. dok gitu..

Read More

Pusat Kreativiti dan Estetika ( prasekolah )

| |
0 comments
Ia bertujuan menyediakan ruang dan alatan bagi menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan muzik, seni kraf dan lukisan termasuklah alat permainan tradisional untuk mendedahkan kanak-kanak prasekolah dengan warisan kebudayaan di Malaysia. Disamping itu juga, sudut ini turut menerapkan aspek sosioemosi dengan adanya kaset-kaset pelbagai bunyi-bunyian dan juga pentas boneka. Antara peralatan yang diperlukan ialah :

1 Alatan mewarna seperti berus, pensil warna dan krayon.
2 Warna air, bekas pembancuh warna, kertas lukisan dan kertas warna.
3 Gam, marker, majalah, berus lukisan, kertas lukisan dan gunting.
Read More

Pusat kognitif dan manipulatif ( prasekolah )

| |
0 comments
Pusat Kognitif dan Manipulatif
Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak prasekolah dan menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan, perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah ;

1 Kanta pembesar
2 Teropong
3 Kitaran hidup haiwan

Peralatan sudut Matematik pula terdiri daripada :

1 Manik untuk membilang
2 Teka nombor
3 Penimbang
4 Jam
5 Kalendar
6 Kad nombor
7 Kiub dan blok untuk seriasi

Dari segi penggunaan dan penjagaan alat, ia dibahagikan kepada dua iaitu peralatan yang boleh terus digunakan oleh kanak-kanak dan peralatan yang memerlukan bimbingan guru untuk menggunakannya. Bagi peralatan yang terus dapat digunakan kanak-kanak, guru boleh meletakkan bahan tersebut di rak yang boleh dicapai mereka seperti bongkah, kad nombor, manik, kalendar dan kiub bagi alatan matematik. Alatan yang memerlukan bimbingan guru perlu diletak di sudut tertentu di bawah kawalan guru. Kanak-kanak perlu memaklumkan dan meminta kebenaran daripada gguru sebelum menggunakannya. Contoh peralatannya ialah teropong, bikar dan koleksi serangga.

Di samping itu, Pusat Manipulatif di kelas prasekolah pula berfungsi sebagai meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak prasekolah, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Pusat ini memerlukan satu kawasan yang luas (mengikut keluasan kelas prasekolah). Ini disebabkan kanak-kanak akan sibuk bergerak dn berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai bentuk, papan aktiviti, manik mengira, peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang. Dari segi penjagaan peralatan pula, sediakan ruang penyimpanan yang berlabel. Ini membolehkan alat manipulatif tersebut sentiasa disusun kemas dan tersusun. Keadaan ini juga menyenangkan kanak-kanak prasekolah ketika mencari dan mengembalikannya. Semasa proses pemyimpan, pastikan kanak-kanak tidak membaling atau mencampak permainan tersebut. Blok yang rosak dan tajam bucunya boleh diperbaiki dengan menggosok bucu tersebut dengan kertas pasir.
Read More

Tuesday, December 9, 2008

How You Can Save Money With Preschool Worksheets

| |
0 comments
Are you the parent of a toddler? If you are, you may be looking to prepare your child for preschool from home. If you are, you will soon find that there are a number of different approaches that you can take. For instance, you can prepare your child for social interaction by setting up play dates with other children, you can have arts and crafts sessions, and so much more. Preschool places a relatively large focus on education; therefore, you may want to do the same. This is easy with preschool worksheets.
When it comes to using preschool worksheets, you will find that you have a number of different options. For instance, you can purchase preschool workbooks for your child. Preschool workbooks are nice, as they are a relatively large collection of individual preschool worksheets. You also have the option of using printable preschool worksheets. These printable preschool worksheets can be ones that you find available online or ones that you make on your computer yourself.
Although preschool workbooks are popular, many parents like the convenience that is associated with printable preschool worksheets. The only problem with printable preschool worksheets is that they can use up a lot ink, especially if the selected preschool worksheets are in colored ink. To save yourself money and printer ink, you may want to search for preschool worksheets that are in black and white.
If you are unable to find black and white preschool worksheets that you like, you can still go for the colored ones; however, you may want to consider adjusting your printer settings. Instead of having them print off in colored ink, you may want to adjust your settings to gray scale. This will save you a considerable amount of money and printer ink, especially in the long run. Doing this can also create an additional activity for your child, as you can have them color all the pictures themselves.
Another one of the many ways that you can go about saving money with preschool worksheets is by using photo protectors. These are pages that you can slip photographs into to protect them. It is possible to find photo protectors that are designed for full pages, like preschool worksheets. You can simply slip each preschool worksheet into a page protector and give your child a dry erase marker. Each time that they are finished, you can wipe off the marker and the worksheet is good to go, again and again!
The above mentioned methods are just a few of the many ways that you can go about saving money with preschool worksheets for your child. Of course, these steps are optional, but they can help you save money, as well as prolong the life of your child’s preschool worksheets.
For FREE printable preschool worksheets, visit the Preparing Your Child for Preschool website.
Jennifer Foote is a freelance writer, who is also a stay at home mom. She balances her time to not only make a living from home, but prepare her daughter for preschool from home as well. She runs the following blog:
http://preparingyourchildforpreschool.blogspot.com
Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Jennifer_Foote
Read More

Saturday, December 6, 2008

Pusat Teknologi ( prasekolah )

| |
0 comments
Komputer merupakan salah satu daripada alat pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam kelas prasekolah. Dalam hal ini, pusat teknologi hendaklah dilengkapi dengan :

1. Meja untuk komputer. Ia hendaklah cukup ruang untuk meletakkan monitor dan aksesori
komputer serta pencetak. Paras ketinggian meja hendaklah sesuai dengan ketinggian kanak-
kanak.
2. Sediakan dua buah kerusi kanak-kanak untuk setiap komputer bagi membolehkan kanak-
kanak menggunakan komputer secara berpasangan.
3. Susun atur perabut yang baik di kelas prasekolah memberi peluang kepada kanak-kanak
berinteraksi dan bekerjasama ketika menjalankan aktiviti, membolehkan mereka mencapai
dan mendapatkan perisian komputer yang diperlukan dan dapat menggunakan sepenuhnya
komputer di dalam kelas prasekolah.

Pusat Teknologi dapat mendedahkan kanak-kanak prasekolah dengan kemahiran teknologi komputer di peringkat awal yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan arus pembangunan yang berorientasikan teknologi maklumat. Ia juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Ia diletakkan berhampiran dengan meja guru bagi membolehkan guru dapat mengawasi aktiviti murid jika pusat ini tidak digunakan. Ia bagi mengelakkan berlaku kerosakan.
Read More

Thursday, May 8, 2008

The Preschool Learning Difference (my preschool)

| |
0 comments
The preschool environment is designed to educate young children prior to the age of five – when most children begin kindergarten. Preschool is an optional learning experience; some preschool programs are offered through the public school district, but in most cases preschool is offered privately – either in a non-denominational setting or through a religious institution. Because preschool meets the needs of young children, preschool learning differs quite a bit from the learning environment offered at the time of elementary school.
Research has shown that children of this age are especially conducive to learning; their brains are like sponges picking up concepts through the use of all of their senses. Such is the reason that preschool learning concepts are taught through play-based programs. It has been shown that preschool aged children learn best through play, absorbing fundamental lessons without being aware of anything but having fun.
Curriculum designed for preschool learning often incorporates core concepts into fun, tactile games; ball play promotes hand-eye coordination, physical games sharpen gross motor skills, card games practice memory retention, writing games hone fine motor skills, and books and storytelling further a love for reading and language. And all the while, children are also learning fundamental social lessons such as working together, respecting each other, and taking turns.
The modern preschool environment will also incorporate the use of computer games into the curriculum. Preschool learning of today can take place through the use of computer software that engages children through the use of color, sound, and interactive play.
Creative preschool teachers are crucial to successful preschool learning. It takes an inspired, resourceful individual to effectively deliver educational lessons in a way that interests and motivates small children. Holding the attention of students so small can sometimes be the most difficult accomplishment.
Most importantly, the goal of preschool learning is to foster a lifelong love of learning; children should leave the preschool experience with a feeling of accomplishment allowing them to move forward in their education with comfort and confidence.

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Michelle_Bery
Read More

Wednesday, April 9, 2008

pendidikan prasekolah

| |
0 comments
Guru prasekolah perlu menguasai pelbagai aspek berkaitan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya tentang pendidikan prasekolah. Antara aspek penting yang perlu difahami dengan sepenuhnya oleh guru prasekolah ialah teori-teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak, pengurusan kelas, perancangan dan strategi pengajaran-pembelajaran serta perancangan penubuhan kelas prasekolah.

Guru prasekolah yang mengikuti kursus pendidikan awal kanak-kanak samada di maktab perguruan ataupun di universiti akan didedahkan dengan pelbagai teori perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak teori dari tokoh psikologi mengenai zaman kanak-kanak ini seperti Teori Kognitif Piaget, Teori Psikososial Erik Erikson, Teori Sigmund Freud. Namun begitu ada pendapat dalam kalangan guru-guru prasekolah yang menyatakan teori-teori yang mereka pelajari tidak sesuai dipraktikkan atau diaplikasikan di kelas prasekolah di negara kita. Adakah pendapat ini betul?

Teori-teori yang dipelajari sebenarnya adalah bagi membantu guru-guru merancang aktiviti pengajaran-pembelajaran yang sesuai dengan tahap usia dan perkembangan kanak-kanak. Terpulang kepada guru-guru untuk mempraktikkan mana-mana teori yang dirasakan sesuai dan gunakan kreativiti sendiri dalam merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar prasekolah anda. Mana tahu suatu hari nanti anda akan mengemukan teori anda sendiri :-)

Pengetahuan dan kemahiran guru prasekolah juga amat penting dalam merancang dan melaksanakan kurikulum prasekolah. Pengetahuan berkenaan teori-teori pengajaran-pembelajaran, aspek-aspek perkembangan kanak-kanak dan bagaimana kanak-kanak belajar penting untuk guru membentuk kemahiran pedagogi. Strategi pengajaran-pembelajaran guru perlu menggembirakankan kanak-kanak dan dapat memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Pengurusan kelas adalah antara aspek yang tidak boleh dipandang ringan oleh guru prasekolah. Perkara-perkara seperti pengurusan perabut, susun atur di dalam kelas, aspek keceriaan, sudut pembelajaran dan sebagainya perlu dititik beratkan. Sebelum sesebuah kelas prasekolah di tubuhkan, guru prasekolah perlu menyediakan pelan perancangan yang merangkumi pelas kelas, pelas susun atur dan perlu memenuhi syarat-syarat bagi menubuhkan kelas prasekolah.

Pendidikan prasekolah perlu mendedahkan suasana pembelajaran awal kepada kanak-kanak sebelum mereka memasuki sekolah rendah. Walaupun pendidikan prasekolah tidak dapat menentukan kebolehan dan kejayaan seseorang kanak-kanak secara mutlak, namun suasana pembelajaran pada peringkat ini dapat menimbulkan minat dan keinginan yang tinggi kepada mereka untuk ke sekolah pada masa depan. Minat adalah kunci kepada kejayaan seseorang. Oleh itu, perancangan dan pelaksanaan pendidikan prasekolah perlulah dibuat dengan kemas dan teliti.
Read More

Sunday, March 16, 2008

Objektif Pendidikan Prasekolah

| |
0 comments
Beberapa objektif pendidikan Prasekolah :

1. Membentuk kanak-kanak menjadi warganegara bersifat patriotik
2. Membentuk kemahiran berbahasa dan berkomunikasi yang baik
3. Membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa dengan betul
4. Menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian
5. Menyemai pengamalan nilai-nilai Islam bagi kanak-kanak beragama Islam
6. Menyemai pengamalan nilai-nilai moral bagi kanak-kanak bukan Islam
7. Membekalkan kemahiran kognitif, berfikir dan penyelesaian masalah
8. Membentuk kanak-kanak yang mempunyai kematangan emosi dan sosial
9. Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal yang baik
Read More