Infolinks In Text Ads

Sunday, January 27, 2008

salam prasekolah :-)

| |
Salam perkenalan kepada semua guru prasekolah seluruh Malaysia..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi saya kesihatan dan kekuatan kepada saya dalam 'menghasilkan' blog yang tak seberapa ini. Nama saya Mohd Fazri B. Ibrahim, Saya ni bole dikatakan baru dalam arena pendidikan ni khususnya sebagai guru prasekolah. Saya Di 'posting' kan pada 3.1.2007 di Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan, Pahang.

Kepada sesapa yang mengajar kelas prasekolah dalam daerah Pekan mungkin kenal saya kot. Bukan nak kata saya ni glamer tapi memandangkan Cekgu prasekolah LELAKI di daerah pekan boleh kira dengan jari, jadi cikgu-cikgu lain yang majoritinya kaum hawa senang la nak kenal.. alahaii. Tapi rasanya sekarang ni dah ramai guru prasekolah lelaki di seluruh Malaysia Alhamdulillah.. Kalau pergi kursus prasekolah kat mana-mana tu tak la kekok sangat. Sekurang-kurangnya adala 'geng' dok gitu..

Saya grad. pada tahun 2004 (USM) dalam bidang Antropologi dan sosiologi. Lepas grad bekerja di beberapa jabatan kerajaan sebelum apply KPLI. Dapat tawaran KPLI tahun 2006 di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Masa registration kena nyanyi lagu Kami Guru Malaysia perrghhh syahduu.. tak sangka wehh jadi ceekgu.. Ape pon syukur Alhamdulillah, selain dapat kerja tetap dapat buat amal kumpul pahala. Jadi cikgu ni 'core business' ialah mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna kepada AGAMA, bangsa dan negara insyaAllah. Ibu mertua ku selalu pesan, ajar kat budak-budak ( my preschool student la tu) tentang solat, tutup aurat dan segala asas-asas dalam Islam. Sebab dalam peringkat umur prasekolah ni la masa yang paling afdhal untuk membentuk peribadi yang A+.

Sekolah kebangsaan lepar ni boleh dikatakan sekolah luar bandar. Jarak dari sekolah ke bandar kuantan kurang lebih 50km. Murid seramai 345 orang dan guru seramai 28 orang. Kelas prasekolah ada 2. Kelas yang saya pegang adalah kelas baru. Masa baru posting hari tu kelas tu pon belum boleh masuk lagi. Terpaksa menumpang kat kelas lama. Bayangkan 50 kanak-kanak prasekolah yang pelbagai ragam berkumpul dalam satu kelas pada 2 minggu pertama persekolahan har harr haarr haruuuuuuuuu.. Tapi lama kelamaan seronok pulak melayan kerenah bebudak prasekolah ni. And at this very moment i enjoy to be a preschool teacher :-)

setakat tu dulu la kot untuk post yang sulung ni. Banyak benda lagi nak share ni, tapi tunggu la posting yang seterusnya. Wassalam.

2 comments:

Author

sy da lama tak update blog ni, InsyaAllah sy akan sertakan email nnti..