Infolinks In Text Ads

Friday, January 2, 2009

Hari pendaftaran prasekolah

| |
Salam prasekolah..

Cuti sekolah hanya tinggal beberapa hari lagi untuk berakhir. Hari pendaftaran untuk murid prasekolah dan murid tahun 1 berlangsung pada hari ini 2/1/2009. Hujan yang turun sejak malam tadi belum menunjukkan tanda untuk reda, namun program dan perancangan awal tetap di jalankan walaupun pergerakan ibu bapa dan penjaga agak terbatas. Para murid pula perlu di awasi setiap masa terutamanya yang akan membuat pendaftaran untuk kelas prasekolah.

Memandangkan di SK Lepar ini mempunyai 2 kelas prasekolah, kehadiran para ibu bapa bersama anak masing-masing agak ramai. Ibu bapa berkumpul di dewan sekolah terlebih dahulu dan diberi taklimat oleh Guru besar tentang perjalanan proses pendaftaran. Setelah selesai taklimat oleh GB, Ibu bapa yang mendaftar anak untuk kelas prasekolah bergerak ke kelas prasekolah untuk taklimat oleh guru prasekolah. Taklimat yang diberikan oleh guru prasekolah bertumpu kepada jumlah yang perlu dibayar untuk baju seragam prasekolah tahun 2009.

Kalau dibandingkan dengan tahun 2008, pihak sekolah dengan persetujuan ibu bapa telah mengutip wang sumbangan sebanyak RM50 setahun ( lebih kurang RM5 sebulan ). Wang ini hanya digunakan untuk membeli keperluan murid seperti berus/ubat gigi, selipar, kek untuk hari jadi dan sebagainya. Perkara ini telah ditekankan kepada ibu bapa bahawa barangan yang di beli akan dikembalikan kepada murid pada akhir tahun persekolahan. Namun begitu, pada tahun ini pihak sekolah mengambil keputusan untuk tidak lagi mengutip wang sumbangan kerana terdapa rungutan dalam kalangan ibu bapa tentang bayaran yang dikenakan ( leceh gak pegang duit banyak2 nih). Bayaran untuk tahun 2009 bagi prasekolah daerah Pekan, Pahang adalah seperti berikut:

  • Baju/seluar 2 pasang RM 50
  • Baju kurung/melayu RM 30
  • Insurans RM 1.50
  • JUMLAH RM 81.50

Kepada rakan-rakan guru prasekolah di lain-lain negeri seluruh Malaysia bolehlah berkongsi maklumat tentang jumlah pembayaran bagi kelas prasekolah ni. Lain negeri, lain daerah mungkin lain jumlah bayaran yang dikenakan.. dok gitu..

0 comments: