Infolinks In Text Ads

Monday, January 5, 2009

Hari pertama prasekolah

| |
salam prasekolah..

5 hb 1 tahun 2009 iaitu hari Isnin merupakan hari pertama sesi persekolahan 2009 bagi seluruh negeri di Malaysia kecuali negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bersekolah sehari lebih awal iaitu pada 4/1/2009. Hari pertama ni rasanya bukan budak-budak jer yang liat nak bangun tapi cikgu pun sama muahahaha. Tapi tak semua.. ada ibu bapa yang bercerita " anak saye ni cikgu semalam tido pakai kasut,siap dengan baju sekolah.." fuhh bagus baguss..

Sebagai guru prasekolah, hari pertama perlu bersedia dengan kerenah dan peel budak-budak prasekolah yang macam-macam adaa..terutamanya yang menangis nak balik aduhaii biasa lah tu.Tahun ini suasana di kelas prasekolah tidak banyak bezanya berbanding tahun 2008. Tapi tak seteruk tahun lalu sampai ada yang lari balik rumah. Untuk hari pertama ada la seorang dua yang menangis. Ironinya yang menangis ni yang nakal-nakal dan nampak aktif dalam kelas. Kalau bab bermain dalam kelas dia lah hero. Saya tiada pilihan lain melainkan meminta ibu bapa dan penjaga supaya beredar dari kelas seterusnya mengunci pintu kelas. Pada mulanya meronta-ronta jugak pada grill, tapi saya biarkan. Bila dia tengok kawan-kawan dia yang lain syok main bongkah kayu dia pun slow-slow la join sekali.

InsyaAllah harap-harap lagi 2 3 hari tiada lagi la yang menangis. Personaliti kanak-kanak prasekolah ini pelbagai, mungkin mengambil masa sedikit untuk kita mengenali lebih mendalam personaliti murid-murid prasekolah di bawah jagaan kita. Bila kita dah kenal secara lebih dekat perangai mereka insyaAllah akan lebih mudah tugas kita untuk membimbing mereka. Nak garang sangat pun tak boleh, nak lembut sangat pun tak boleh jugak. Yang paling penting dalam lembut itu ada tegasnya.

0 comments: