Infolinks In Text Ads

Friday, January 2, 2009

Pusat kognitif dan manipulatif ( prasekolah )

| |
Pusat Kognitif dan Manipulatif
Pusat Kognitif penting kerana ia dapat meningkatkan daya pemikiran kanak-kanak prasekolah dan menyokong pembelajaran matematik melalui aktiviti pra-matematik dan pengukuran. Selain itu, ia berfungsi untuk menyokong pembelajaran asas sains melalui aktiviti pengelasan, perbandingan, pemerhatian dan eksperimen. Peralatan yang diperlukan adalah ;

1 Kanta pembesar
2 Teropong
3 Kitaran hidup haiwan

Peralatan sudut Matematik pula terdiri daripada :

1 Manik untuk membilang
2 Teka nombor
3 Penimbang
4 Jam
5 Kalendar
6 Kad nombor
7 Kiub dan blok untuk seriasi

Dari segi penggunaan dan penjagaan alat, ia dibahagikan kepada dua iaitu peralatan yang boleh terus digunakan oleh kanak-kanak dan peralatan yang memerlukan bimbingan guru untuk menggunakannya. Bagi peralatan yang terus dapat digunakan kanak-kanak, guru boleh meletakkan bahan tersebut di rak yang boleh dicapai mereka seperti bongkah, kad nombor, manik, kalendar dan kiub bagi alatan matematik. Alatan yang memerlukan bimbingan guru perlu diletak di sudut tertentu di bawah kawalan guru. Kanak-kanak perlu memaklumkan dan meminta kebenaran daripada gguru sebelum menggunakannya. Contoh peralatannya ialah teropong, bikar dan koleksi serangga.

Di samping itu, Pusat Manipulatif di kelas prasekolah pula berfungsi sebagai meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak prasekolah, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan. Pusat ini memerlukan satu kawasan yang luas (mengikut keluasan kelas prasekolah). Ini disebabkan kanak-kanak akan sibuk bergerak dn berinteraksi ketika menjalankan aktiviti di pusat ini. Antara peralatan yang diperlukan oleh pusat ini ialah blok yang pelbagai bentuk, papan aktiviti, manik mengira, peralatan dapur, puzzle dan rak menyimpan barang. Dari segi penjagaan peralatan pula, sediakan ruang penyimpanan yang berlabel. Ini membolehkan alat manipulatif tersebut sentiasa disusun kemas dan tersusun. Keadaan ini juga menyenangkan kanak-kanak prasekolah ketika mencari dan mengembalikannya. Semasa proses pemyimpan, pastikan kanak-kanak tidak membaling atau mencampak permainan tersebut. Blok yang rosak dan tajam bucunya boleh diperbaiki dengan menggosok bucu tersebut dengan kertas pasir.

0 comments: