Infolinks In Text Ads

Saturday, December 6, 2008

Pusat Teknologi ( prasekolah )

| |
Komputer merupakan salah satu daripada alat pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam kelas prasekolah. Dalam hal ini, pusat teknologi hendaklah dilengkapi dengan :

1. Meja untuk komputer. Ia hendaklah cukup ruang untuk meletakkan monitor dan aksesori
komputer serta pencetak. Paras ketinggian meja hendaklah sesuai dengan ketinggian kanak-
kanak.
2. Sediakan dua buah kerusi kanak-kanak untuk setiap komputer bagi membolehkan kanak-
kanak menggunakan komputer secara berpasangan.
3. Susun atur perabut yang baik di kelas prasekolah memberi peluang kepada kanak-kanak
berinteraksi dan bekerjasama ketika menjalankan aktiviti, membolehkan mereka mencapai
dan mendapatkan perisian komputer yang diperlukan dan dapat menggunakan sepenuhnya
komputer di dalam kelas prasekolah.

Pusat Teknologi dapat mendedahkan kanak-kanak prasekolah dengan kemahiran teknologi komputer di peringkat awal yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan arus pembangunan yang berorientasikan teknologi maklumat. Ia juga dapat menarik minat kanak-kanak untuk terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Ia diletakkan berhampiran dengan meja guru bagi membolehkan guru dapat mengawasi aktiviti murid jika pusat ini tidak digunakan. Ia bagi mengelakkan berlaku kerosakan.

0 comments: