
“Selepas kerajaan membatalkan SBPA pada 8 Mac lalu, kita mengeluarkan surat tawaran pelantikan kepada pegawai berkenaan secara berperingkat bagi membolehkan mereka melapor diri kepada jabatan masing-masing. “Pada masa sama, SPA juga sedia menerima dan memproses permohonan baru daripada orang ramai bagi mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan terbabit,” katanya selepas memperkenalkan barisan pemain Pasukan SPA FC yang akan menentang Kelantan dalam suku akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Beliau yang juga Presiden SPA FC berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pembatalan SBPA dan digantikan dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM) akan menjejaskan proses pelantikan baru penjawat awam di pelbagai agensi dan jabatan kerajaan ketika ini. Turut hadir, Timbalan Presiden SPA FC merangkap Timbalan Setiausaha SPA, Datuk Ramli Juhari dan Ketua Jurulatih SPA FC, Nidzam Jamil.
Semua permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di jabatan dan agensi kerajaan dibuat secara dalam talian menggunakan borang pendaftaran pekerjaan di sektor awam menerusi laman web rasmi SPA. Bagaimanapun, selepas kerajaan memperkenalkan SBPA, pelantikan baru ke sektor awam ditangguhkan sementara.
Sumber : Bernama Malaysia
View the original article here
0 comments:
Post a Comment