Infolinks In Text Ads

Friday, April 17, 2009

Inovasi prasekolah - inovasikah aku?

| |
Pagi tadi saya dapat call daripada penyelia prasekolah daerah pekan En. Sabri. Menurut En. Sabri ia berkaitan dengan pemilihan guru inovasi prasekolah peringkat daerah
Pekan untuk tahun 2009. Pendek kata untuk dipilih mewakili daerah Pekan ke peringkat negeri yang dijadualkan pada cuti sekolah pertengahan tahun (MEI)..aduss biar betull.. frankly speaking saya rasa saya bukanlah calon yg sesuai untuk mewakili daerah pekan untuk guru inovasi ni har harr haruuuu..

Pada minggu sebelum itu, PPD Pekan telah mengadakan bengkel penyediaan BBM (Bahan Bantu Mengajar) bagi guru-guru prasekolah. Taklimat juga telah diberi berkenaan dengan bahan inovasi bagi guru prasekolah. Semasa bengkel setiap kumpulan (Guru) dikehendaki menghasilkan BBM yang berpandukan kepada panduan menghasilkan bahan inovasi prasekolah.

Berbalik kepada guru inovasi tadi... En. Sabri bagitau seramai 6 orang guru prasekolah di daerah pekan telah dipilih untuk mewakili daerah pekan ke peringkat negeri pahang ( termasuk saya la tu hahaharuuuu) terkezut wooo..macamane la saya ni bole terpilih.. ni mesti kes pemilihan last minit, hehhe biasa la tu. En. Sabri minta saya menghasilkan satu bahan inovasi yang mana akan di 'present' kan pada kursus guru inovasi peringkat negeri nanti. Ni kes besar ni..but im trying to think positively huhu. Masalahnya sekarang bahan apa yang saya nak buat adussss. Yang saya faham bahan inovasi yang nak di 'present' kan perlulah dibuktikan berkesan dalam meningkatkan produktiviti. Maknanya kalau dalam konteks budak prasekolah, daripada yang buta huruf-celik huruf etc... Due date untuk submit proposal pulak ada beberapa minggu je lagi, wife pulak tengah tunggu masa nak beranak..

Tapi takpe.. be positive. Kalau orang lain boleh buat kenapa saya tak boleh buat. Wife pulak begitu supportive and giving full encouragement for me to do those inovasi thing. Sebenarnya banyak bahan inovasi yang kita boleh buat untuk membantu kanak-kanak prasekolah ini, cuma penghalangnya adalah sikap - lazyness huhu (How can i get rid of d negative attitude - be positive la haha) Doakan semoga saya berjaya.. wassalam

0 comments: