Infolinks In Text Ads

Friday, October 23, 2009

Akhirnya 'terupdate' juga blog myprasekolah ni :-)

| |
Assalamualaikum..

Rasa macam dah berkurun lama tak update blog ni. Nak menulis sebulan sekali pun payah. Nak kata sibuk tu tak la jugak, nak kata takde mase terluang tu mmg tak masuk akal la.. kalo ikutkan mmg banyak benda nak tulis n share dengan rakan-rakan guru prasekolah yang lain. Karnival prasekolah dah lepas, karnival sukan pun da laaaaamerr berlalu.. banyak cerita suka dan duka untuk dikongsi bersama, gambar n video pun tak diuploadkan lagi.

Kalo anda perasan kat front page bahagian atas blog ni ada bbrapa navigation button, salah satunya GALERI PRASEKOLAH. Apabila anda klik pada button tersebut ia sepatutnya akan navigate anda ke page yg mengandungi gambar n video yg berkaitan dgn prasekolah. Sememangnya itulah niat n plan saya tp sekarang ni page tersebut memaparkan artikel Karnival prasekolah negeri pahang hehe soriii kawan-kawan. Itu menunjukkan betapa liatnya saya untuk update blog ni. Bole dikatakan blog ni masih lagi 'under construction'.. Bila dateline akan siap? ntah saya pun tak tahu hehe.. semenjak akhir-akhir ini sy lihat trend traffic atau pengunjung ke blog ini agak menurun. 3 atau 4 bulan lepas traffic ke blog ini hampir 100 pengunjung sehari.. tak la ramai tp OK laa huhu. Tp sekarang traffic menurun kepada cuma 20 ke 30 pengunjung sehari.. mane tak nye, org dtg blog kita nak baca artikel-artikel terkini dan sensasi dok gitu?

Ada juga rakan-rakan yg minta email saya..jika anda ke page About Me , saya ada bercerita sedikit sebanyak tentang diri saya dan sy sememangnya bercadang untuk sertakan email saya pada page tersebut untuk memudahkan rakan-rakan menghubungi sy. Buat masa ni sy blum lagi meletakkan add email sy di page tersebut.. alahaiii benda ciput mcm tu pun bukan main susah nak setel kan kan huhuhu.. Tak kurang juga yg request link exchange dgn saya. sy amat mengalu-alukan sebarang permintaan untuk link exchange krn ia adalah satu strategi SEO (search engine optimisation) yg amat berkesan dalam meningkatkan ranking blog kita dalam search engine directory khususnya google. InsyaAllah dalam masa terdekat ni sy akan update list komuniti pramaya dan memasukkan entry baru. Saya juga dalam proses mengumpul artikel-artikel berkaitan pembinaan blog dan tips-tips yg saya tahu dlm menghasilkan blog yg menarik.

Byk blog2 rakan-rakan guru prasekolah lain yg sy da lawati dan saya kagum dgn anda semua, rajin, komited n kreatif..teruskan usaha anda, jgn jadi mcm saya huhuhu.. InsyaAllah, dgn cuti persekolahan mkin hampir tiba, saya telah meletakkan target dan dateline :-) untuk menjadikan blog ini lebih berinformasi sesuai dengan tagline blog ni Komuniti Prasekolah Maya. Impian saya adalah moga satu hari nanti blog ini akan mnjadi rujukan dan platform perkongsian ilmu dalam kalangan guru-guru prasekolah seluruh Malaysia khususnya InsyaAllah.

Wassalam..

0 comments: