Infolinks In Text Ads

Saturday, March 17, 2012

Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?

| |
Guru di Malaysia Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Kalau sebelum ini, biasanya “orang hitam” sahaja yang sering diburu oleh pihak polis. Tetapi sekarang ini, “guru hitam” pula yang bakal diburu oleh orang-orang yang berkepentingan. Terbaru-baru guru-guru di sekolah cuba dinilai dan dan dikategorikan mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan, samada ada guru sokong kerajaan atau sokong pembangkang.
Guru Sokong Pembangkang Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Guru Sokong Kerajaan Guru HITAM Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH Patuh Kepada Kerajaan?
Sumber : Ameno World
Di bawah ini adalah kenyataan empunya diri yang menurunkan tandangan selaku Pegawai Pelajaran daerah Tawau.
Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara. “Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.
“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik,” katanya. (Sumber : Malaysiakini)
Katanya tak semak betul-betul? Erm…..tak tahulah kami nak cakap apa lagi. Seorang pegawai PPD boleh memberikan alasan sebegitu rupa.  Semudah & “semurah” itu beliau menurunkan tandatangan? Bukankah lebih baik beliau menumpukan perhatian dan tumpuan terhadap bidang tugasnya seperti membuat semakan prestasi kerja “anak buahnya” ataupun mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau contohnya, kenapa hal-hal politik pula yang diberikan keutamaan? Adakah surat seperti di atas ini termasuk dalam skop kerja Jabatan Pendidikan?
“Biarkan orang politik yang mengambil alih tugas tersebut”
P/S : Adakah surat-surat seperti ini ada juga diterima oleh guru-guru di sekolah lain di Malaysia?

View the original article here

0 comments: