Infolinks In Text Ads

Friday, March 16, 2012

Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?

| |
Malaysia Airlines Vs AirAsia Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?
Ini pandangan ikhlas. Sebab kami mahu yang terbaik untuk MAS. Kami mahu yang terbaik untuk negara. Kami daripada awal lagi kurang senang tindakan Malaysia Airlines (MAS) bertukar saham dengan Air Asia.
Malaysia Airlines (MAS) adalah sebuah syarikat penerbangan yang sepatutnya dipertahankan daripada campurtangan syarikat perbangan swasta apatah lagi campurtangan politik yang berlebihan. Perkara-perkara seperti inilah yang boleh menjahanamkan MAS itu sendiri.
Ada yang kerja dengan Malaysia Airlines (MAS) di sini? Sekarang  ini Malaysia Airlines (MAS) mempunyai 18,000 pekerja kemungkinan mereka-mereka ini untuk dibuang kerja sangat tinggi. Pengorbanan dan kemajuan yang dicapai oleh MAS selama lebih 40 tahun akan lenyap begitu sahaja akibat kerakusan Air Asia yang hanya mahu menamatkan legasi MAS.
Air Asia vs Malaysia Airlines Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia? Baru-baru ini, FOMCA telah pun buat menghantar aduan berkaitan Air Asia kepada Suruhanjaya Persaingan supaya menyiasat AirAsia dan mengambil tindakan berdasarkan Akta Persaingan 2011, sekiranya amalan AirAsia telah memberikan kesan negatif terhadap perlindungan dan kebajikan pengguna di Malaysia daripada aspek penetapan tambangkualiti perkhidmatan dan pilihan penerbangan.
Butirannya yang FOMCA telah berikan, kami sertakan di bawah ini :
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MYCC) supaya menyiasat proses penjualan saham bersilang antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan syarikat penerbangan premium MAS.Penjualan saham bersilang itu menyaksikan pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd memegang 20 peratus saham dalam MAS, manakala Khazanah Nasional Bhd, iaitu pemegang saham utama MAS, memperoleh 10 peratus saham dalam AirAsia.Rentetan daripada penjualan bersilang itu, MAS telah menamatkan perkhidmatan penerbangan tambang murah anak syarikatnya, Firefly bagi sektor Sandakan-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur, bermula 1 Disember, 2011. Ini menyebabkan perkhidmatan penebangan bagi sektor tersebut hanya dikendalikan oleh AirAsia sahaja. Mahu monopoli? Selepas AirAsia tidak mampu bersaing sejak MAS memperkenalkan Firefly?Selain itu, AirAsia X pula telah menghentikan perkhidmatannya ke London, Paris, Mumbai dan New Delhi, yang menyebabkan laluan tersebut memberikan lebih banyak peluang perniagaan kepada MAS. Maknanya tiada persaingan selepas ini?FOMCA meminta MYCC menyiasat sama ada penjualan saham bersilang tersebut telah menyebabkan kedua-dua syarikat penerbangan ini telah mengadakan analisis perbandingan terhadap tambang perkhidmatan dan menjadualkan semula laluan perkhidmatan bagi mengurangkan persaingan.Aduan terhadap penjualan saham bersilang AirAsia dan MAS kepada MYCC adalah berdasarkan kepada berkuat kuasanya Akta Persaingan 2010 pada 1 Januari 2012.FOMCA telah lama melobi supaya akta seumpama ini diwujudkan semenjak tahun 1998. Pada tahun 2005, FOMCA telah menerbitkan buku bertajuk “Consumer Policy and Consumer Protection in Malaysia”, manakala pada tahun 2011, sebuah buku yang berjudul “Kepentingan Dasar Persaingan Kepada Pengguna” telah diterbitkan.Dengan berkuat kuasanya Akta Persaingan 2010, persaingan yang sihat dalam sektor perniagaan dapat diwujudkan. Ini akan membolehkan pengguna menikmati harga barangan yang lebih rendah, lebih banyak pilihan barangan, kesediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan pembangunan produk dan perkhidmatan yang baru.Walau bagaimanapun, kejayaan akta ini bergantung pada keberkesanan MYCC dalam menguatkuasakan peraturan dalam Akta Persaingan. FOMCA turut menyatakan kekesalannya kerana tidak ada wakil persatuan pengguna sebagai ahli Suruhanjaya Persaingan Malaysia.FOMCA turut menggesa MYCC bertindak secara agresif dalam mewujudkan persaingan yang sihat dalam pasaran di Malaysia dan menghentikan amalan monopoli, yang pada masa ini, didakwa telah mengawal harga dan bekalan barangan serta perkhidmatan. Dalam masa yang sama, MYCC juga perlu menghentikan herotan yang berlaku di pasaran yang menyebabkan pengguna mengalami kesan yang negatif dari segi harga, kualiti dan pilihan.FOMCA akan terus memantau dan membuat aduan terhadap sektor perniagaan yang berkemungkinan mengamalkan perniagaan bersifat anti persaingan bagi melindungi kepentingan dan kebajikan pengguna.Dalam masa yang sama, FOMCA turut mendedahkan pengurangan kualiti perkhidmatan AirAsia. Dalam tempoh 2009 hingga 2011, aduan terhadap AirAsia yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) meningkat sebanyak 10 peratus.Antara aduan yang diterima adalah berkaitan dengan khidmat pelanggan yang tidak memuaskan, kelemahan dalam menyelesaikan pertikaian pelanggan, bayaran panggilan ke pusat panggilan yang tinggi dan kekerapan penangguhan penerbangan.
Malaysia Airlines Vs Air Asia Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?
MAS harus diberi peluang untuk bersaing secara terbuka dengan Air Asia. Hakikatnya “kejayaan” yang dikecapi oleh Air Asia selama ini adalah hanya “wayang kulit” kerana ia terbukti bahawa Air Asia banyak berhutang. Contohnya, Air Asia bersikap lepas tangan apabila sudah 12 tahun lamanya Air Asia masih “liat” lagi membayar bayar cukai airport kepada MAHB.
Tidak lain dan tidak bukan ia lebih kepada :
Air Asia melihat peluang mereka untuk memiliki aset utama yang terdapat di dalam MAS untuk kepentingan dan kelangsungan pertumbuhan Air Asia itu sendiriSekarang kita boleh lihat sendiri Malaysia Airlines (MAS) dilihat “terpaksa” menggunakan kuasa dan kewangan mereka untuk tujuan menaja sejumlah wang yang besar untuk pasukan bolasepak liga Inggeris yang menduduki ditangga tercorot
Jikalau anda semak semula nilai pertukaran saham MAS dan Air Asia itu sendiri pun sudah tidak seimbang dan berat sebelah.  Security Council Bursa Saham Malaysia telah menyatakan bahawa ada unsur penyelewangan dalam urusan pertukaran saham MAS dan Air Asia tetapi setelah lebih dari 3 bulan, masih belum ada apa-apa siasatan.
Penutupan destinasi popular :
SurabayaRomeDubailain-lain lagiAir Asia yang akan mengambil destinasi ini untuk terus mengaut keuntunganSiapa yang untung, siapa yang rugi?
Terbaru, tindakan “day light robbery” oleh Air Asia apabila mempunyai niat untuk mengeluarkan MAS daripada Bursa Malaysia dan menjual kembali anak syarikat MAS seperti MAS Engineering dan MAS Cargo kepada Air Asia dengan harga yang murah.
Kerugian MAS Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?
Tindakan ini semua bakal meningkat lagi kerugian kepada MAS. Bayangkan jumlah kerugian MAS yang terkini sebanyak RM2.52 billion adalah lebih tinggi daripada jumlah kerugian MAS pada suku pertama, kedua dan ketiga. Persoalannya, kenapa ini boleh berlaku? Dahla….Malaysia Airlines dibebankan dengan hutang yang banyak, Air Asia bakal menambah membebankan MAS dengan membeli pesawat baru, kos operasi dan membaik pulih pesawat baru dan lama Air Asia.
Kalau dahulu rugi, Idris Jala boleh jual aset-aset yang dimiliki MAS untuk menampung kerugian. Hakikatnya ia adalah gambaran keuntungan yang palsuSekarang kalau MAS rugi, apa lagi yang boleh dilakukan?Kecuali mahu atau tidak perlu ada perubahan pengurusan Malaysia Airlines secara keseluruhannya. Bersediakah?
Sebenarnya MAS harus diberi peluang untuk menjalankan operasinya tanpa campur tangan dari Khazanah dan “orang-orang politik”  yang jelas tidak faham akan operasi dan strategi industri penerbangan. Apakah selepas kegagalan individu-individu ini kerajaan masih lagi “galat” utnuk bertindak drastik?
Tony Fernandes Air Asia Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?
Dan kejatuhan MAS berpunca daripada kelompok individu yang tidak layak menerajui serta juga “campur tangan politik yang berlebihan” dalam MAS itu sendiri. Ya….kita tidak boleh menyangkal langsung idea dan visi Tony Fernandes dalam menaikkan AirAsia itu sendiri. Dan jika mahu menaikkan semula imej Malaysia Airlines bukan dengan cara memasukkan Tony Fernandes…..itu bukan penyelesaian terbaik.
Sepatutnya Malaysia Airlines melakukan perubahan yang cukup drastik dalam pengurusan mereka sendiri.Malaysia Airlines perlu melatih krew kabin mereka buat multitasking, bukannya setakat melayan penumpang sematapemberian kontrak MAS (catering, sistem tiket, pembersihan kabin pesawat dll) kepada sanak saudara dan kroni-kroni individu tertentu ia tidak menguntungkan MAS,  malah merugikan. Inis emua perlu disemak semulaBebaskan MAS daripada campurtangan politikBiarkan yang mahir dalam industri penerbangan ini menentukan halatuju Malaysia Airlines (MAS) selepas ini
Dan rakyat perlu dimaklumkan bagaimana kerajaan persekutuan menyelamatkan (bailout) MAS pada 2001 dengan membayar dua kali ganda (2x) berbanding harga pasaran ktika itu.
P/S : Apa pandangan anda dengan kesan penjualan saham Malaysia Airlines (MAS) kepada Air Asia ketika ini? Kakitangan MAS? Apa cadangan anda untuk memulihkan prestasi Malaysia Airlines ketika ini?
loading Malaysia Airlines (MAS) vs Air Asia. Kesan Penjualan Saham MAS Kepada Air Asia?  Loading ...
View the original article here

0 comments: