Jikalau merujuk Perlembagaan Malaysia di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pembiayaan Kerajaan 1983, meletakkan had hutang kerajaan Malaysia berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia yang dibenarkan, sebagaimana yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MOF) adalah pada paras 55% (paras terkini). Sekarang sudah ditahap berapa?
Di bawah ini merupakan jawapan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengenai apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini bagi mengawal hutang kerajaan Malaysia yang semakin meningkat.
”Ia tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu,” katanya semasa sesi soalan di Dewan RakyatTidak perlu bimbang? Kami pula yang bimbang dengan kenyataan daripada seorang menteri. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kerajaan Malaysia 2011/2, hutang kerajaan persekutuan telah mencecah RM455.7 bilion pada akhir tahun 2011. Dan semakan semula kami melalui laporan berita yang bertajuk Hutang Malaysia 2012 Telah Melangkaui RM456.1 Billion!! (laporan yang kami sediakan sebulan yang lepas) menunjukkan hutang kerajaan Malaysia terus meningkat.
Laporan Kewangan & Ekonomi Malaysia : Kali terakhir Data Dikemaskinikan pada 21 Mac 2012. Semakan menunjukkan penyata kewangan kerajaan tidak memasukkan liabiliti luar jangka bersama-sama ke dalam hutang.
Hakikatnya siling pinjaman berkanun telah dinaikkan beberapa kali untuk tempoh 6 tahun.
April 2003 - Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 40% (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Jamaludin Jarjis)Jun 2008 – Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 45 % (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Md Yakcop ketika itu)Julai 2009 – Siling pinjaman berkanun adalah sebanyak 55% (perubahan melalui kuasa & perintah Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah)Jadi, untuk 6 tahun sahaja antara tahun 3003-2009, siling pinjaman berkanun telah dinaikkan sebanyak 15 peratus daripada KDNK. Tidak mustahil siling pinjaman berkanun untuk dinaikkan sekali lagi? Mungkin?
View the original article here
0 comments:
Post a Comment