Infolinks In Text Ads

Thursday, March 15, 2012

Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?

| |
Kereta Baru Proton 2012 Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?
Selepas pelbagai gambar spyshot dan video yang dipaparkan kepada orang ramai, akhir Proton bakal melancarkan Proton baru 2012 tidak lama lagi.
Dan seperti biasa, sudah menjadi satu tradisi pihak pengurusan Proton apabila mahu melancarkan sahaja model baru Proton, sebelum itu mereka akan banyak masukkan elemen “suprise” di mana syarikat pembuat kereta luar jarang-jarang amalkan.
Dan untuk pelancaran model Proton baru 2012 ini, mereka telah letakkan Proton P3-21a (kod nama) disebalik kotak hitam untuk mengajak peminat model kereta mereka sama-sama mengintip apa ciri-ciri yang ada disebaliknya melalui lubang-lubang kecil di situ. Erm….
Model Baru Proton 2012 Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?
Kami telah gabungkan kelapan-lapan video teaser yang dikeluarkan oleh pihak Proton baru-baru ini…
1.6 liter Premium CPE1.6 liter Eksekutif CVT1.6 transaksi manual (MT)
Dan kami bawakan untuk anda spesifikasi yang terdapat dalam model baru Proton ini. Semak nilaikan :
Model Proton Baru 2012 193x300 Proton Baru 2012 : Model Terbaru Kereta Proton Bakal Dilancarkan. Apa Harapan Anda?
(Klik untuk paparan yang lebih jelas)
merahhitamputihcoklatbiruperak
Dan realitinya Proton sekarang ini mengalami masalah “kepercayaan” daripada kalangan pengguna & pembeli. Dan itu semula boleh dilihat dan dibaca oleh anda berdasarkan respon dan komen terutamanya pemilik Proton yang acapkali dilontarkan oleh kalangan pembaca Berita Semasa sendiri di sini. Ada komen secara positif dan ada juga yang negatif. Itu semua dilontarkan kembali kepada pihak Proton supaya mahu melihat model yang dihasilkan kelak “benar-benar” dapat memenuhi citarasa mereka & masalah yang sering dihadapi selama ini tidak terus menghantui “pembeli Proton.”
Apatah lagi untuk memilki kereta di Malaysia termasuk model kereta Proton sekarang, rata-ratanya terpaksa mengambil pinjaman kereta selama tempoh 9 tahun. Jadi dengan perbelanjaan besar yang telah mereka keluarkan itu, pastinya mereka mengharapkan sesuatu yang terbaik. Jikalau ada teguran keras mahupun lembut daripada pengguna Proton, ambillah secara positif. Dan paling pentingnya, Proton mesti berani untuk melakukan perubahan & bertindak!!
Dan…..kami melihat model proton baru 2012 kali ini ada memang ada banyak penambaikan termasuklah spesifikasi yang cuba ditawarkan.  Memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Sehinggakan model lain yang lebih tinggi daripada harga yang ditawarkan Proton baru 2012
pun tidak mampu menawarkan beberapa spesifikasinya yang ada pada P3-21A ini. Contohnya :
Berikan mereka ruang dan peluang kepada Proton dan kita lihat pihak Proton sedang berusaha ke arah itu. Insyaallah
Cuma bagi kami untuk pihak Proton membina “kepercayaan” dan diperingkat global, letakkanlah pada harga yang lebih munasabah. Untuk membina kepercayaan dalam perniagaan bukannya mudah & “boleh dipaksa”. Tetapi apabila pihak Proton mendapat sahaja “kepercayaan tersebut” daripada pembeli, perjalanan Proton dalam industri automatif di peringkat global akan menjadi lebih mudah.
Dan itu sebabnya, Proton memilih tagline ini :  ”Drive it to believe it”
P/S : Harga proton baru 2012 perlu direndahkan lagi dan cuba pertingkatkan lagi jumlah pengeluaran disamping kualiti sentiasa terjamin supaya Proton terus dilihat mudah untuk menawan hati orang ramai & juga menembusi pasaran global dengan cepat.
“Jikalau ramai masih tidak mampu merasainya, bagaimana mungkin ramai boleh menikmati”
Untuk permulaan agak “sakit”, tetapi jangka masa panjang? Sekadar pandangan….

View the original article here

0 comments: