Infolinks In Text Ads

Friday, March 16, 2012

Surat Peguam Negara “Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat “Bocor”!!

| |
Peguan Negara Kongsi Gelap Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!
Laporan berita Malaysiakini semalam agak mengejutkan di mana dikatakan terdapat campurtangan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dalam usaha menyelamatkan Ketua Kongsi Gelap yang dikatakan cukup berpengaruh di Johor.
Dan hari kami memperolehi surat yang dihantar oleh Peguam Negara kepada Timbalan Menteri KDN, Datuk Johari Baharom ketika itu selepas “berjaya BPR berjaya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.
Peguam Negara Malaysia1 207x300 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!
Ketua Polis Negara2 251x300 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!(klik imej di atas untuk paparan yang lebih jelas)
Datuk Hishamuddin Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta supaya bukti dikemukakan sebelum siasatan dapat dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai tertinggi polis, peguam negara dan seorang penjenayah di Johor yang dikaitkan dengan gejala rasuah.
“Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.
Sepatutnya pihak polis sudah boleh mulakan siasatan daripada sekarang. Jikalau tidak bermula bagaimana akan ada pengakhirtannya. Sepatutnya menteri sudah boleh mengarahkan pasukannya untuk menjalankan siasatan. Sudah menjadi tugas mereka untuk menjalankan siasatan, mencari dan mengumpulkan bukti.  Di mana bidang tugas Jabatan Siasatan Jenayah? Menteri? Erm….
“Bukan hanya menafikan sahaja, tetapi terus menyiasat untuk mencari kebenarannya”
Malaysiakini ada memiliki dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007. Kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.
Dokumen yang sama juga digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu. Akhirnya enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.
Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, menjalankan siasatan dan bertindak ke atas Tengku GohDatuk Ramli Yusuff mengumpulkan enam pegawainya untuk menyiasat.Dan yang memeranjatkan, semasa mereka menjalankan siasatan mereka mendapati ketua mereka (Ketua Polis Negara), Tan Sri Musa Hassan ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.Tan Sri Musa Hassan dahulu merupakan bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006.Siasatan JSJK mendapati ketika Tan Sri Musa Hassan Musa menjadi Ketua Polis Johor, beliau telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, tetapi Tan sri Musa Hassan didakwa pada masa yang sama membantu “menyusunkan semula” beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “payung” Tengku Goh.Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar “Cicero”) dalam kes ituKalau mengikut prosedur, tiada sesiapa dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail ‘Cicero’ apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan termasuklah Ketua Polis Negara mahupun Peguam NegaraTindakan menggunakan BPR (sekarang SPRM) untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.
PeguaM Negara Ketua Polis Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!PeguaM Negara Ketua Polis2 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!PeguaM Negara Ketua Polis3 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!PeguaM Negara Ketua Polis4 Surat Peguam Negara Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat Bocor!!
P/S : Apa pandangan anda dengan dakwaan terbaru membabitkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara & Ketua Kongsi Gelap Johor, Tengku Goh ini?

View the original article here

0 comments: