Tak lama lagi akan bertambah lagi jumlah “pelanggan” PTPTN Malaysia. Kebanyakan di antara pelajar-pelajar yang dapat sambung belajar di mana-mana pusat pengajian di Malaysia kelak, ada yang berkemampuan, ada yang tidak.
Yang tidak mampu membayar kos pengajian dan sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka kelak tidak, mempunyai banyak pilihan. Akhirnya PTPTN Malaysia yang menjadi platform untuk mereka meminta pertolongan & bantuan…..
Bagi kami konsepnya mudah sahaja, jikalau dah pinjam mestilah dibayar semula supaya membantu kepada kelangsungan pinjaman untuk generasi seterusnya pula. Tetapi…..Bezanya di sini, ramai yang pertikaikan adalah caj pentadbiran. Ya….memang benar jikalau nak pertikaikan riba yang terselit pada pinjaman PTPTN Malaysia ini, pasti akan akan ada yang mempersoalkan pula rakyat Malaysia yang terus bergelumang dengan riba pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan dan lain-lain lagi.
Tetapi ada bezanya di sini, pinjaman PTPTN Malaysia
ini bertujuan menampung kos pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh anak-anak muda kita ini belajar & menuntut ilmu. Dan mereka-mereka ini merupakan aset kepada negara dan pelaburan kepada negara. Dan isu pendidikan adalah hak setiap rakyat.
Kami mahu melihat kos RM5 billion yang diperlukan PTPTN setiap tahun dapat ditambahbaik pelaksanaannya :
1) Biasiswa Kepada Peminjam
Kepada PTPTN Malaysia, jenguk-jenguklah pelajar-pelajar yang bijak pandai ini sepanjang tempoh pengajian mereka. Berikanlah ruang dan peluang untuk mereka menikmati biasiswa penuh berdasarkan pinjaman PTPTN mereka sebelumnya jika berjaya memperoehi keputusan yang cemerlang. Bukankah itu lebih baik? Mereka inilah aset penting untuk digilap dan diberikan galakan. Akhirnya nanti dapat memberikan sumbangan kepada Malaysia untuk tempoh yang akan datang.Contohnya, siapa yang dapat 1st class dikira biasiswa, 2nd upper potong 65%, 2nd lower potong 30%. Sekadar memberikan contoh….2) Hapuskan caj pentadbiran sebenarnya
Kami masih lagi realistik di mana Malaysia belum mampu ke arah untuk memberikan pendidikan percuma. Tetapi sekurang-kurangnya caj pentadbiran perlu dihapuskan sebenarnya. Bayar pokok sahaja. Bantu anak-anak muda ini belajar tanpa “banyak gangguan”Apabila mereka-mereka sudah habis belajar dan mudah mencari kerja, kerajaan bolehlah mula mengutip cukai pendapatan daripada mereka3) Agihan Duit PTPTN
Ya…kami tahu bukan semuanya begitu tetapi kalau tengok pelajar-pelajar, masuk sahaja bulan ke 2 semester cukup mewah mengalahkan kalangan yang sudah bergaji . Ini kerana mereka sudah mula menerima duit PTPTN Malaysia sehingga ada yang “rambang mata” untuk membelanjakan untuk perkara-perkara yang bukan keperluan.Itu sebablah yang apabila menginjak ke bulan 3-4 semester, masing-masing daripada mereka mula ikat perut. Angkara duit PTPTN di awal semester telah dihabiskan atas nama pembaziran & tidak dirancang dengan betul. Orang muda apabila dapat duit banyak, kebanyakannya nafsu membuak-buak. Ini hakikatnya……Jadi seeloknya, PTPTN Malaysia bolehlah mula berkira-kira untuk hanya memberikan duit saku pelajar pada setiap bulan, bukannya diberikan kesemuanya di awal semester. Sekadar pandangan…..Mungkin ada pertikaian daripada anda?Kerajaan tidak bankrap jika membantu rakyat dengan cara sebegini. Sesebuah syarikat tidak akan muflis sekiranya rakyat mempunyai kuasa beli. Apabila rakyat tiada kuasa beli, kerana banyak tanggungan itu dan ini, barulah boleh mendatangkan risiko bankrap kepada syarikat perniagaan.
P/S : Apa respon & pengalaman peminjam sepanjang menjadi “pelanggan” PTPTN Malaysia?
View the original article here
0 comments:
Post a Comment