Infolinks In Text Ads

Wednesday, September 12, 2012

Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini?

| |
Belanjawan 2013 Malaysia Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini? Malaysian Insider : Secara keseluruhannya, peruntukan kepada hampir semua kementerian akan dinaikkan menerusi Bajet Belanjawan 2013 yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen, 28 September 2012 ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata Kabinet telah meluluskan draf Bajet Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan kepada jemaah menteri pada mesyuaratnya Rabu lepas dan pihaknya telah meneliti satu persatu perbelanjaan kesemua kementerian.
Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini? “Kita telah meminta bantuan Bank Dunia dan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kita telah meneliti perbelanjaan (kementerian) satu persatu. Jadi, asasnya, kesemua kementerian akan mendapat peruntukan dan hanya satu atau dua akan berkurangan berikutan inisiatif rasionalisasi,” kata Ahmad Husni
Berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan sejak tahun lepas, antaranya mengenai cukai, cukai pendapatan dan cukai korporat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu, katanya.
“Tetapi, kita tidak berhasrat untuk meningkatkan kadar cukai,” katanya.
Beliau berkata peningkatan peruntukan kepada kementerian akan dibantu oleh peningkatan jumlah hasil kerajaan.
“Seperti yang saya kata, di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik, kami telah melakukan kajian indeks perolehan, khususnya mengenai cukai pendapatan di mana kita mengkaji kelemahan dan kita percaya, ia akan terus menyumbang kepada pendapatan tinggi bagi negara ini,” katanya.
kerajaan perlu memastikan adanya lebihan kos operasi yang bermakna hasil perlu melebihi perbelanjaankeduanya pertimbangan terhadap dasar fiskal iaitu pengurangan defisitketiga nisbah hutang berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) perlu dikekalkan di bawah 55 peratus.
Pembentangan Belanjawan 2013 Bajet Belanjawan 2013 : Peruntukan Naik Kali Ini? Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, berkata kerajaan terus menyasarkan pengurangan defisit dalam Bajet Belanjawan 2013
berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Mengenai nisbah hutang berbanding KDNK, 55 peratus adalah merupakan paras berhemah tetapi kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membayar balik hutang berkenaan, katanya.
Defisit fiskal negara bagi 2011 menurun kepada 5.0 peratus daripada KDNK, berbanding jangkaan 5.4 peratus semasa pembentangan Bajet Belanjawan 2013 itu.
Defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNK. [Sumber : The Malaysian Insider BM]
Tagged as: Bajet, Bajet 2013
View the original article here

0 comments: