Tahniah di atas pencapaian yang berjaya dicapai oleh Datuk Seri sepanjang bergelar Menteri Pelajaran. Bukan mudah sebenarnya, tetapi tidak mustahil. Sekurang-kurangnya ada perubahan ke arah yang lebih baik. Ada pencapaian yang boleh dibanggakan untuk sistem pendidikan di Malaysia sebenarnya.
KUALA LUMPUR: Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.Semakan yang kami cuma lakukan masih tidak menjumpai laporan WEF global competitiveness berkaitan dengan pendidikan. Yang ada hanyalah laporan berkaitan dengan ekonomi. Mungkin ada di antara anda yang boleh berkongsi?
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.
“Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara. (Sumber: Mstar)
Cuma dalam kita berbangga di atas kertas, kami ingin berkongsi beberapa koleksi gambar keadaan sekolah di Sabah yang kami rasakan tidak sesuai dengan status, seperti apa yang dikatakan sistem pendidikan di Malaysia lebih baik daripada beberapa negara maju yang lain. Jika sistem pendidikan di Malaysia sudah berada di tahap yang membanggakan, sudah tiba masanya memberikan lebih tumpuan untuk memperbaiki prasarana di setiap sekolah di Malaysia. Masih ada ruang dan peluang untuk memperbaikinya :
Adakah disebabkan sekolah ini terletak di Sabah, maka tidak perlu disediakan prasarana yang lebih baik?Adakah disebabkan sekolah ini mempunyai bilangan pelajar yang kecil, mereka tiada hak untuk merasa kemudahan pendidikan yang lebih baik?Tidak kira sekolah tersebut, mempunyai bilangan pelajar yang banyak atau sedikit, kementerian perlu menyediakan prasarana yang sebenarnya tidak perlu “semewah & selengkap seperti di Putarajaya” tetapi sekurang-kurangnya sediakan prasarana yang selesa untuk mereka. Contoh gambar, juga sekolah di Sabah seperti di bawah ini yang boleh dijadikan contoh. Maknanya boleh sebenarnya utnuk membuat yang lebih baik.
Sekurang-kurangnya “keadaan” sekolah yang ditambahbaik kelak boleh juga digunakan sebagai balairaya atau pusat komuniti.Tetapi betullah, terus terang kami katakan kami berbangga dengan kecekalan, semangat dan disiplin yang tinggi dikalangan pelajar di Borneo. Walaupun serba kekurangan mereka tetap dilihat bersungguh untuk ke sekolah dan menimba seberapa banyak ilmu.
Ada kalangan pelajar yang telah bersekolah di SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah pada tahun 1965 telah menghantar email dalam bentuk aduan kepada kami dan mengatakan keadaan sekolah yang diduduki beliau dahulu dengan sekarang tiada perubahan. Jadi kepada wakil rakyat di sini, jenguk-jenguklah keadaan di sekitar dan kawasan anda. Lakukan sesuatu!!
SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu ini dekat dengan bandaraya Kota KinabaluJikalau beginilah prasarananya, bagaimana pula dengan tahap sekolah di pedalaman dan ceruk Sabah?Masalah kewangan? Kami rasa bukan satu masalah. Apatah lagi Sabah memiliki “emas hitam”. Apa salahnya anak-anak dan ibubapa mereka mahu merasa sedikit sahaja “nikmat” tinggal di negeri yang memiliki “emas hitam” ini
NoTa : Hanya gambar pertama sahaja merujuk kepada keadaan sekolah di SK Tampulan Telipok Kota Kinabalu Sabah. Lain-lain gambar adalah merupakan keadaan sekolah lain di Sabah.
P/S : Mereka bukannya mahukan kemewahan tetapi cukup sekadar prasana yang disediakan kepada mereka dalam kedaaan baik. Apa kata anda pula?
View the original article here
0 comments:
Post a Comment