Infolinks In Text Ads

Wednesday, September 12, 2012

Cadangan Perodua Mahukan (End-of-life Vehicle Policy) Dilaksanakan!! Isu Keselamatan @ Keuntungan? Apa Kata Anda?

| |
 Cadangan Perodua Mahukan (End of life Vehicle Policy) Dilaksanakan!! Isu Keselamatan @ Keuntungan? Apa Kata Anda?
Baru-baru ini, Volswagen telah diarahkan oleh kerajaan untuk menaikkan harga model Polo GTI daripada RM130,000++ kepada RM160,000++. Maknanya kita boleh perhatikan di sini sampai bila-bila jika masih tiada keinginan untuk mengubah polisi “lapuk” dengan terus memberikan “tongkat dan subsidi” kepada yang sudah tidak layak, walaupun banyak cukai bakal diturunkan/ditiadakan kerajaan dilihat masih mempunyai kuasa untuk menentukan harga kerata di Malaysia sehingga memaksa rakyat secara “halus” untuk membayar harga kereta yang jauh berlebihan daripada nilai yang sepatutnya.
Kalau diimbaskan kembali 15 tahun yang lalu, kesnya lebih kurang sama dengan kes Kia Sephia pada tahun 1996. Masih ingat lagi? Apabila model tersebut memasuki market Malaysia, ia telah ditawarkan dan dijual pada harga sekitar RM64,000. Terus jualan Wira 1.6 punya merudum. Akhirnya, Proton report kepada pihak kerajaan dan pihak kerajaan terus mengarahkan harga Sephia dinaikkan ke RM68K! Mudah bukan jalan penyelesaiannya untuk mereka mendapatkan untung dengan mudah?
Dan terbaru……
End of life Vehicle Policy Cadangan Perodua Mahukan (End of life Vehicle Policy) Dilaksanakan!! Isu Keselamatan @ Keuntungan? Apa Kata Anda? KUALA LUMPUR – Perodua, pengeluar kereta kompak utama Malaysia berkata, terdapat keperluan untuk memperkenalkan dasar kenderaan akhir hayat bagi menangani isu keselamatan kenderaan dan memastikan ia selamat digunakan di jalan raya.
Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh hari ini menggesa kerajaan menimbangkan dasar tersebut.
“Semasa perbincangan dengan kerajaan baru-baru ini, industri automotif mencadangkan dasar itu harus dilaksanakan secara suka rela sebelum menjadikan ia wajib,” katanya.
Sila perhatikan sebahagian ayat yang kami telah highlightkan seperti di atas ini. Ia jelas menampkkan ketamakkan kelompok tertinggi kapitalis daripada Perodua contohnya.
“Wahhh lepas habis bayar kena buat hutang lain pula. Banyak duit rakyat Malaysia? Ditahap manakah kualiti kereta tempatan yang ada sekarang ini?”
Nasihat kami, sebelum anda (Perodua) mencadangkan polisi EOL ini, kami mencadangkan supaya anda :
Pertama, menstruktur semula cukai/kenderaan di Malaysia seperti yang berlaku sekarang ini kepada “paras yang munasabah” yang sama sekali tidak membebankan rakyat Malaysia bersama-sama dengan pihak kerajaan untuk merealisasikannya. Contohnya : Perodua mulakan kempen turun harga seperti Viva 660 BZ basic yang baru  tu dijual dengan harga sebenar sekitar RM15,000.00. Boleh?Keduanya, betapa ironinya sebuah pengeluar kereta yang diketahui umum suka letak spesifikasi seminimum boleh pada model-modelnya dan terlalu profit oriented, bercakap mengenai “vehicle safety”. Tengok sahajalah berapa banyak versi Viva, Myvi dan Alza – ada advanced, ada special, ada elite, ada EZ, GX, bla bla bla……..tetapi semuanya bergantung kepada “kehebatan bodykit”  mereka semata - bukan nyasafety feature pun. pertingkatkan kualiti model-model kenderaan anda. Boleh?Ketiganya, janganlah menganaktirikan rakyat Malaysia berbanding pelanggan anda di negara luar dengan memberikan harga dan kualiti kelas ketiga kepada kami. (Semak laporan berita ini: Harga Kereta Nasional di Luar VS Harga Kereta Nasional di Malaysia Ada Perbezaannya? Kenapa?). Boleh perbaiki?
Sebenarnya, jikalau kereta ditawarkan pada harga yang berpatutan dan mampu milik, rakyat Malaysia pun tidak keberatan untuk menerima polisi seperti ini. Ini kerana polisi ini daripada sudut lain ada bagusnya, ya……memang bagus tetapi dengan bersyarat. Pastikan setiap kali mahu memperkenalkan polisi baru jangan sampai hanya satu pihak yang terpaksa berkorban untuk kamu (Perodua) sehingga akhirnya ramai rakyat Malaysia yang “terkorban”.
“Apa yang boleh kami katakan di sini, paling tidak pun cadangan kami nombor 1 dan nombor 2 itu boleh diperbaiki secara total, cadangan untuk polisi sebegini tidak praktikal langsung”
EOL Perodua Malaysia Cadangan Perodua Mahukan (End of life Vehicle Policy) Dilaksanakan!! Isu Keselamatan @ Keuntungan? Apa Kata Anda? Ingatlah, tak semua rakyat Malaysia terdiri daripada golongan yang kaya semata, ada juga golongan yang berpendapatan serdahana, apatah lagi yang miskin. Bukannya semua orang boleh bertukar kereta secara kerap.  Nak buat polisi negara mesti menjaga kebajikan semua golongan. Bukannya menjaga “perut” kelompok manoriti kapitalis versi Malaysia ini.
Akhirnya, kesan dah kena balik pada mereka. Dahulu, ramai berebut nak beli sebab loan senang sampai 9 tahun. Sekarang ini kebanyakannya mula terperangkap dengan loan panjang itu sehingga tak mampu untuk menukar kereta lagi. Ditambah dengan syarat ketat melibatkan pinjaman kereta yang ditetapkan Bank Negara sekarang ini. Sudahnya paksa orang buang kereta lama supaya orang terus beli kereta mereka. Mudahnya mencari jalan penyelesaiannya? Apa pendapat anda semua mengenai cadangan seperti ini?
P/S : Betulkah Perodua mengambil berat soal keselamatan kenderaan dan pengguna/pelanggan  mereka atau sebenarnya keutnungan yang dikejar mereka? Mana satu?

View the original article here

0 comments: