Infolinks In Text Ads
Saturday, September 15, 2012
Bonus Kakitangan Awam 2012 Dalam Bajet 2013 : Satu Bulan @ Dua Bulan Bonus Gaji?
Bonus kakitangan awam 2012 : Seperti biasa pastinya “mata dan telinga” kalangan kakitangan awam tertumpu kepada pengumuman bonus, samada menjadi menjadi realiti atau fantasi semasa bagi pembentangan Bajet 2013 kali ini. Kalau ada “habuannya” berapa banyak? setengah bulan bonus, satu bualn bonus atau 2 bulan bonus sekaligus? Yang mana satu?
2 bulan bonus? Kalau benarlah dan menjadi kenyataan, bermakna pecah rekod sebagai bonus kakitangan awam 2012 adalah bonus terbaik kakitangan awam selepas kerajaan pernah memberikan bonus kakitangan awam sekitar 1 bulan bonus iaitu ketika diera pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu. Dulu…..
Hati kecil kami kuat mengatakan pembentangan Bajet 2013 kali memberikan kesinambungan semasa berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak. Oleh itu bagi kami bonus setengah bulan itu boleh dikatakan hampir pasti untuk dinikmati kalangan kakitangan awam, tetapi jikalau nak lebih daripada itu iaitu sebanyak sebulan atau 2 bulan bonus, ia pasti menjadi persoalan dan teka-teki…..
Walaubagaimanapun, setakat apa yang boleh kami katakan ketika ini berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, elaun rumah dijangka akan naik. Ya…Manakala elaun perkhidmatan masih belum mendapat kepastian lagi daripada “pihak yang dibelah” sana.
Cuepacs seperti biasa menjalankan tugas lazimnya setiap kali berlangsungnya pembentangan Bajet kerajaan pada setiap tahun. Walaupun Cuepacs minta 2 bulan bonus gaji kakitangan awam, tetapi hakikat yang perlu diterima kata putus masih lagi terletak di tangan JPA, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan dan tidak lupa juga Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan…..apa yang terbaik kepada negara & kerajaan yang ada sekarang ini.
Apa respon kakitangaan awam di sini mengenai bayangan bonus 2012 dalam pembentangan Bajet 2013 kali ini?
View the original article here
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment